Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Program ‘Kongsi Berita’ Taruhan...

BUAT julung kali stesen penyiar TV AlHijrah tampil dengan rancangan infotainment terbaru berlandaskan...

Wanita Mabuk Dirogol Dan...

KEMATIAN seorang wanita, Nong Gift, 24, yang dirogol dan dipukul hingga mati, telah...

Aplikasi Bayar Saman Bikin...

Kecoh berkenaan diskaun 80% pengurangan bayaran saman trafik sempena Sambutan 100 Hari Aspirasi...

UUM Jalin Kerjasama Dengan...

LANGKAWI - Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Alam Sekitar (STHEM) Universiti Utara...

MATTTA Gesa Ahli Boikot Restoran Jual Makanan Sirip Yu

KUALA LUMPUR – Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menggesa ahlinya memboikot restoran yang menawarkan sirip yu dalam menu makanan.

Naib Presidennya, Datuk Tan Kok Liang berkata, populasi ikan yu di Sabah menurun sebanyak 80 peratus sejak tiga dekad lalu dan kini jarang ditemui di perairan Malaysia.

“Baki ikan yu yang masih wujud di Sabah menarik minat lebih 55,000 penyelam pada tahun lalu menyumbang RM323 juta kepada ekonomi tempatan.

“Hasil lumayan ini akan terhapus jika ikan yu pupus,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, katanya, satu kempen untuk menyedarkan orang ramai perlu dimulakan oleh ahli MATTA supaya semua pihak memberi perhatian terhadap isu kepupusan ikan yu.


Kata beliau, negara anggota Kesatuan Eropah telah melarang penjualan sirip yu sejak 2003 dan langkah itu disertai 27 negara lain menjelang 2013.

Menurutnya, ramai pelancong sedar ekopelancongan akan merundum jika pembunuhan jerung untuk tujuan komersial terus dibenarkan. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori