Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Pasukan SAR Dikerah Ke...

PASUKAN mencari dan menyelamat telah dikerahkan ke kawasan nahas pesawat Airbus A320 di...

Duterte Arah Musnahkan Abu...

MANILA - Presiden Filipina, Rodrigo Duterte hari ini, mengarahkan tentera memusnahkan kumpulan militan...

Selebriti Bergelar Datin Tipu...

MACAM tak percaya je ada selebriti tempatan yang berperangai sebegini, yang mana sanggup...

Terengganu Siasat ‘Kekalutan’ Penjualan...

KUALA NERUS - Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) menerusi awatankuasa pengurusan tiket...

Mayat Pemancing Terjatuh Ke Dalam Sungai Kelantan Ditemui

PASIR MAS – Mayat seorang pemancing yang terjatuh ke dalam Sungai Kelantan berhampiran Kampung Parit, Chetok di sini semalam, ditemui hari ini.

Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Hafizie Mohd Yusoff berkata mayat Che Azahar Che Loddin, 27, ditemui terapung di lokasi kejadian oleh penduduk kampung pada 7.20 pagi.

“Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Hafizie berkata sebaik menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 5.30 pagi semalam, 12 anggota termasuk Unit Penyelamat di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor dan Kota Baharu dihantar ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat.

Bagaimanapun, katanya, operasi itu dihentikan pada 7 malam semalam dan disambung semula pada pagi ini.

Che Azhar dipercayai tergelincir ketika sedang melalui benteng besi untuk ke tempat memancing dalam kejadian pada pukul 4 pagi semalam.


Menurut rakan mangsa, Mohd Zulkifli Che Zaid, 26, kejadian itu disedarinya apabila dia melihat lampu suluh yang digunakan mangsa terjatuh ke dalam sungai itu.

Katanya semasa kejadian, Che Azhar berada di belakangnya, bersama-sama meniti benteng berkenaan untuk ke tempat memancing sebelum allahyarham terjatuh ke dalam sungai.

Mohd Zulkifli berkata dia cuba menghulurkan sebatang buluh untuk menyelamatkan mangsa, namun gagal disebabkan arus air sungai sangat deras. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori