Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Video: “Potong Payudara Saya...

MEDIA sosial Indonesia kini heboh memperkatakan dakwaan seorang gadis yang berhasrat hendak memotong...

Siti Nurhaliza Terima Pencalonan...

KUALA LUMPUR - Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin mengungguli Anugerah Industri Muzik ke-21...

Insiden Low Yat: Luahan...

NAMPAKNYA, isu 'perang' di Plaza Low Yat seakan belum reda sehingga sekarang.Apa yang...

Lelaki Maut, Rakan Parah...

Kota Kinabalu - Seorang lelaki maut manakala dua rakannya parah apabila kenderaan dinaiki...

Mayat Warga Jepun Ditemui Di Taman Desa

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Jepun ditemui mati dalam keadaan terlentang di Kondominium Danau Murni, Taman Desa di sini, Khamis malam.

Pegawai Bomba Kanan 2 Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh, Zulkifli Ramli berkata mangsa dikenali sebagai Tsutomu Wirata, 60, dan dikatakan sudah lama tinggal di rumah berkenaan.

“Anggota kami menerima panggilan pada 9.16 malam untuk membantu memotong kunci pada pagar rumah berkenaan.

“Kami mengambil masa seminit membuka kunci pintu menggunakan alat pemotong hidraulik dan hasil pemeriksaan polis menemui mangsa tidak berpakaian di bilik hadapan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Khamis.

Zulkifli berkata mangsa diserahkan kepada pasukan forensik polis untuk siasatan lanjut.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Sharul Othman Mansor berkata mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Mayat

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori