Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

NS Batal Hasrat Ambil...

SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan batal cadangan untuk ambil alih Hospital Mawar Seremban...

Besan Zahid Hamidi Bersuara:...

KISAH majis perkahwinan anak lelaki Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahidi...

Ahli Parlimen PN Ubah...

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bachok dari Perikatan Nasional, Syahir Sulaiman membuat pusingan U...

Ujian Bertulis PT3: Soalan...

KUALA LUMPUR - Semua set soalan Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang...

MB Kedah Baharu Dilantik Jadi Presiden KFA Ganti Mukhriz

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah secara rasmi dilantik sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) selepas diputuskan melalui Kongres Luar Biasa pada Khamis.

Keputusan dramatik tersebut dibuat secara sebulat suara oleh semua ahli eksekutif KFA dalam mesyuarat yang berlangsung selama sejam dan berakhir jam 3 petang di Bilik Gerakan, Blok B, Wisma Negeri Darul Aman di sini.

Dengan pelantikan terbaharu berkenaan, Ahmad Bashah, 65; secara rasminya menggantikan bekas Menteri Besar ke-12 yang sebelum ini iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir setelah meletakkan jawatan pada 4 Februari lalu.

Dalam ucapan sulungnya selaku Presiden KFA baharu, beliau yang juga ADUN Bakar Bata berharap agar prestasi semasa skuad Helang Merah dapat dikekalkan malah terus dipertingkatkan lagi pada masa depan.

Beliau yang pernah menjadi Timbalan Presiden KFA di bawah Menteri Besar kelapan, Datuk Seri Syed Razak Syed Zain Barakah juga berharap Kedah berjaya merangkul kejuaraan pada tahun ini dalam keadaan lebih mencabar.

“Suasana dan keadaan sekarang sudah berlainan berbanding ketika kita merangkul tiga kejuaraan pada tahun 2006 lalu. Namun, saya percaya kita boleh mengembalikan zaman kegemilangan pasukan Kedah dahulu.


“Ini boleh dicapai jika semua terutama dalam kalangan KFA sendiri main peranan masing masing,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan dan Pembangunan Insan negeri.

Ahmad Bashah pada mesyuarat tersebut turut mengumumkan pelantikan Datuk Yusof Ismail sebagai Bendahari KFA yang baharu menggantikan Datuk Aminuddin Omar. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori