Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Felda United Kekal Di...

KUALA LUMPUR - Felda United mengekalkan kedudukan teratas Liga Super setelah menewaskan Kelantan...

Pemuda PAS Yakin Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) yakin kerajaan Malaysia mampu memberi...

Zahirkan Semangat Cinta Negara...

KUALA LUMPUR - Inisiatif golongan muda dalam menyumbang tenaga dan bantuan fizikal kepada​...

Diet Tinggi Protein Membazir,...

KEGILAAN terbaru terhadap snek kesihatan berprotein tinggi mungkin tidak akan memberi konsumer kesan yang mereka harapkan, menurut pakar pemakanan...

MB Selangor Diselar Dakwa Hanya Umat Islam Suka Bazir Air

MUNGKIN ramai masih lagi ingat bagaimana beberapa ADUN DAP dan PKR yang bukan Muslim pada sidang Dewan Undangan Negeri Selangor mendakwa isu pembaziran air negeri itu kerana sikap umat Islam sendiri.

Mereka memberi alasan biadap kononnya Selangor mencatat penggunaan air tertinggi di Malaysia akibat tindakan umat Islam membazir air ketika waktu solat Jumaat selain mandi wajib selepas bersetubuh dengan pasangan.

Hujah dangkal wakil rakyat Pakatan Harapan tersebut dibantah keras ADUN BN selaku pembangkang di Selangor yang menyifatkan alasan itu bagi mengalih perhatian sikap kerajaan negeri sengaja melambatkan Projek Langat 2.

Ini menyebabkan kerajaan Selangor terpaksa membina dua buah loji rawatan air bernilai RM800 juta walhal jika projek kerajaan Persekutuan itu disegerakan lebih awal, wang sebanyak itu boleh diselamatkan daripada bazir.

Isu itu kembali reda setelah hampir setahun kerajaan persekutuan menandatangani persefahaman bersama kerajaan negeri, apatah lagi dengan akujanji meneruskan penyiapan loji bekalan air terawat untuk Langat 2.

Namun, beberapa hari lalu, kegusaran rakyat Selangor kembali memuncak apabila Menteri Besar, Azmin Ali mengumumkan tarikh projek Langat 2 yang dijadualkan siap pada tahun 2016 ditunda kepada 2017 atau 2018.

azminair2

Kebimbangan ini bertambah apabila Timbalan Presiden PKR itu menggesa seluruh masjid dan surau dalam negeri ini mencatu penggunaan air seolah-olah pembaziran air berlaku di rumah ibadat penganut agama Islam sahaja.

Sekali lagi beliau terlupa bahawa air adalah keperluan asas manusia. Ia tiada kena-mengena dengan sentimen agama dan seluruh rakyat Selangor yang majmuk berbilang bangsa amat sangat memerlukan keperluan asas air.

Isu ini disuarakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat, Jefrizal Mohd. Jaafar menerusi sebuah portal berita tempatan yang menyelar Azmin sebagai tidak sensitif apabila hanya menyalahkan umat Islam semata-mata.

Katanya, Menteri Besar sepatutnya terlebih dahulu mengkaji bahawa pengguna air tertinggi bukan datangnya dari rumah-rumah ibadah penganut Islam seperti masjid dan surau pada tempoh waktu tertentu seperti solat Jumaat.


Pengguna domestik terbesar air ujar Jefrizal sebenarnya adalah sektor industri besar berasaskan air seperti pengeluar produk minuman sehinggalah peniaga kecil seperti pengusaha kedai dobi dan perkhidmatan cuci kereta.

“Tiada yang tidak membayar harga bil air sama ada individu biasa, peniaga, pihak industri mahu pun surau dan masjid. Semua berhak menikmati bekalan air dirawat yang sama tanpa diskriminasi catuan,” tegas beliau lagi.

azminair1

Dalam hal ini, Jefrizal memberi contoh ‘klasik’ apabila setiap kali krisis air, hanya kawasan simpanan disebut sebagai Lipat Kajang sering mendahulukan kawasan perindustrian seperti Shah Alam, Petaling Jaya dan Putrajaya.

Manakala kawasan pinggiran yang jauh seperti daerah Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang sering menjadi mangsa catuan air terpanjang sampai ada berhari-hari oleh syarikat utiliti tempatan pada satu-satu ketika.

“Azmin patut berasa malu apabila memegang jawatan menteri besar selepas Tan Sri Khalid Ibrahim, beliau patut lebih agresif dan kelihatan efisien dalam menyelesaikan isu air yang jadi mimpi ngeri rakyat Selangor,” katanya.

Ini terutama menjelang musim kering seperti sekarang malah Jefrizal turut menggesa wakil-wakil rakyat dan pemimpin PAS di negeri Selangor supaya menasihatkan Azmin agar menjaga sensitiviti penganut agama Islam.

Menteri Besar itu kini terpaksa bergantung kepada sokongan ADUN PAS bagi menyelamatkan ‘talian hayat’ kerajaan negeri termasuk melantik sebagai Exco tertentu waima parti tersebut bukan pun ahli Pakatan Harapan.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Masjid, Surau Di Selangor Diarah Kurang Bazir Air

Juga: Bekalan Air Selangor Kritikal Mulai 2017

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori