Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Lelaki Ditemui Cedera Di...

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki ditemui dalam keadaan cedera di kepala dipercayai akibat...

MAS Terima Pesawat Boeing...

SEPANG - Malaysia Airlines (MAS) menyambut ketibaan pesawat Boeing 737 ke-100 sambil meraikan...

Terima Kasih PM, Aidilfitri...

PUTRAJAYA – Perkara pertama apabila melihat wajah pemimpin yang disayangi itu, Sofea Qaisara Syafiq Khuzairil terus menjulurkan tangannya untuk minta didukung oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis...

Video: Pakcik Tampar Pengutip...

MUNGKIN berang ditipu, seorang warga emas bertindak menampar pengutip derma di hadapan sebuah...

Media Propembangkang Dijangkiti Virus Fitnah – Nik Abduh

KUALA LUMPUR – “Media-media propembangkang mula dijangkiti `penyakit dan virus’ fitnah,” kata Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Kata beliau, `penyakit dan virus’ fitnah itu bertentangan dengan budaya politik matang dan sejahtera yang diamalkan PAS.

“Keadaan ini amat malang untuk masa depan politik negara. Rakyat akan menjadi mangsa mudah pemain-pemain politik yang tidak berakhlak.

“Bertempur merebut kuasa dengan menjadikan rakyat sebagai bahan perjudian,” tegasnya dalam satu kenyataan semalam.

Sehubungan itu, Nik Mohamad Abduh menyeru masyarakat bertenang, berhati-hati dan menapis setiap maklumat yang disebarkan kepada mereka.

Menurut beliau, itu adalah ajaran besar yang dianjurkan oleh Islam dan sesiapa yang mengamalkan agamanya akan selamat.


“Api fitnah jangan dilayan. Ia akan padam sendiri jika semua memalingkan diri daripadanya. Ia akan marak jika anda terus meniup dan menari di sekelilingnya.

“Jangan biarkan keyakinan kita disambar api fitnah yang diciptakan Allah S.W.T untuk hati-hati yang lemah dan gagal berfungsi,” tegas beliau lagi.

Media propembangkang waktu ini sedang menyerang hebat kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pelbagai isu serta propaganda jahat.

Ia bertujuan meraih peluang untuk pimpinan pembangkang yang dikuasai DAP merampas kuasa kerajaan Persekutuan pada pilihan raya umum akan datang. – mynewshub.cc

Baca: Selepas TMI, Malaysiakini Juga Mungkin Ditutup?

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori