Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

BN Perak Berlapang Dada,...

IPOH - Barisan Nasional (BN) Perak berlapang dada dan menerima kekalahan dalam Pilihan...

Indonesia Henti Cari Mangsa...

JAKARTA - Pencarian untuk enam mangsa yang masih hilang selepas insiden tanah runtuh...

Wanita Buat Kandungan Lucah...

Kuala Lumpur : Seorang wanita yang juga pentadbir sebuah kumpulan Telegram tampil membuat...

Keadaan Di Kuil Sri...

SUBANG JAYA - Keadaan di sekitar kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25...

Mekanisme Polisi Insurans Bencana Banjir Diputuskan Minggu Ini

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memutuskan berhubung penyediaan polisi insurans bencana banjir untuk rakyat negara ini yang tinggal di kawasan berisiko bagi membela kebajikan mereka seandainya ditimpa bencana alam itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata mekanisme bayaran insurans berkenaan akan ditentukan dalam mesyuarat kabinet minggu ini sama ada dibayar penuh oleh kerajaan atau dikongsi dengan individu terlibat.

“Ini bagi mempercepatkan bayaran bantuan dengan jumlah yang agak tinggi untuk membantu mereka yang terlibat dengan bencana banjir pada masa depan. Kita akan tentukan minggu ini sama ada dibayar kerajaan atau 50-50,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini Selasa.

Shahidan yang juga anggota Parlimen Arau berkata, keputusan untuk mewujudkan polisi ini mula diteliti sejak negara dilanda ‘Bah Kuning’ tahun lalu yang menyebabkan banyak kawasan terjejas teruk terutama di Kelantan.

“Sejak itu kita telah mengenal pasti banyak tambahan kawasan berisiko banjir termasuk kawasan yang tidak pernah terkena banjir, ini semua akan kita masukkan dalam senarai insurans ini,” katanya.


Tambahnya wang ihsan untuk mangsa terlibat banjir baru-baru ini termasuk di negeri Sarawak akan diagihkan dalam masa terdekat.

Mengulas titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah mengenai pencegahan bencana ketika perasmian sidang Dewan Rakyat semalam, Shahidan berkata kerajaan sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang bentuk bencana baik dari segi tenaga dan aset.

Katanya, mengambil prinsip mencegah lebih baik daripada merawat, persediaan untuk menghadapi bencana sentiasa ditambah dan dikemas kini bagi menghadapi sebarang kemungkinan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori