Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Projek Naik Taraf Jalan...

BALAKONG – Projek menaik taraf Jalan Balakong bertujuan memberi keselesaan kepada penduduk setempat...

Saran Semua Masjid Adakan...

KUALA LUMPUR - "Dengan penuh rasa hiba dan dukacita, negara kita telah kehilangan...

Pengurut Kaki, 2 Kanak-Kanak...

KUALA LUMPUR - Seorang pengurut kaki warga Myanmar dan dua kanak-kanak ditemukan mati...

Banjir Semakin Pulih, Jumlah...

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak menunjukkan perkembangan...

Miliki Kanabis: Wanita Thailand Akan Meringkuk Dalam Penjara 15 Tahun

GEORGE TOWN – Seorang wanita Thailand akan meringkuk dalam penjara selama 15 tahun selepas dia mengaku bersalah memiliki dadah jenis kanabis seberat 19.779 gram di Mahkamah Tinggi di sini.

Pesuruhjaya Kehakiman Lim Chong Fong ketika menyampaikan keputusan itu hari ini, berkata hukuman penjara 15 tahun itu berpadanan dengan kesalahan dilakukan tertuduh, Paveenat Yaemkhumthong, 49.

Beliau memerintahkan tertuduh, yang membuat pengakuan bersalah itu semalam, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 31 Mei 2014.

Ibu kepada dua cahaya mata dari Bangkok itu didakwa atas pertuduhan pindaan memiliki dadah jenis kanabis seberat 19.779 gram di Tol Sungai Dua, arah selatan, Sungai Dua pada 10.30 malam, 30 Mei 2014.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2) akta yang sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang dari lima tahun.


Pada awalnya, Paveenat berhadapan tuduhan mengedar dadah tersebut mengikut Seksyen 39B(1)(a), Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.’

Kes tersebut sepatutnya ditetapkan untuk perbicaraan, bagaimanapun pada prosiding semalam Timbalan Pendakwa Raya Amir Hamdzah Othman menawarkan pertuduhan pilihan terhadap tertuduh mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya dan tertuduh mengaku bersalah.

Paveenat diwakili peguam P. Latsmanan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori