Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

3 Kluster Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Hanya tiga kluster baharu Covid-19 dikenal pasti Kementerian Kesihatan Malaysia...

Hutang Percutian Pula Tak...

KUALA LUMPUR - Penasihat Komunikasi dan Media Perdana Menteri, Datuk A. Kadir Jasin...

Pemilik Masih Belum Jumpa...

MANA mungkin netizen akan lupa dengan Chikaboo, burung unta yang jadi popular selepas...

Ismail Sabri Jumpa Tun...

Datuk Lokman Noor Adam mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bertemu...

Misha Omar Hamil, Enggan Dedah Usia Kandungan

TAHNIAH diucapkan buat penyanyi Misha Omar yang kini sedang hamil cahaya mata sulung.

Penyanyi itu walau bagaimanapun merahsiakan usia kandungannya itu kepada pihak media dan peminat.

Bersyukur dengan kurniaan Ilahi, Misha mengakui dia tidak berhadapan dengan sebarang alahan teruk setakat ini.

“Saya tahu ramai yang mendoakan saya segera menimang cahaya mata namun saya tidak pernah memberikan tekanan kepada diri. Saya dan suami hanya berusaha, selebihnya kami serahkan kepada Allah.

“Sebagai wanita, disahkan hamil adalah antara detik yang paling dinanti kerana ia menjadi permulaan yang melengkapkan lagi hidup ini. Saya terharu kerana permulaan tahun 2016 membawa pelbagai kenangan manis dalam hidup,” katanya.

Misha yang terkenal dengan lagu ‘Pulangkan’, diijabkabul dengan juruterbang, Firos Ezzwan Rosly pada 2 Mei 2014.


Sebelum berumah tangga, Misha mempunyai dua anak angkat iaitu Muhammad Adam Emir, 10, dan Humaira Lateefa, 4.

Tahniah buat Misha dan suami! – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori