Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ekonomi Malaysia Suram, Anwar...

KUALA LUMPUR - Bank Dunia melalui laporannya, ‘21st Malaysia Economic Monitor - Making...

Baitulmaqdis: Malaysia Sokong Resolusi...

KUALA LUMPUR - Malaysia menyokong resolusi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang menolak keputusan...

Bapa Tumbang, Hempap Anak...

RAKAMAN kamera litar tertutup (CCTV) di China merakamkan aksi seorang bapa mengheret anaknya...

28 Okt Sebutan Semula...

IPOH - Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan 28 Okt untuk sebutan semula kes...

Misteri Kes Lif Bergerak Sendiri Di Flat Singapura

SINGAPURA – Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) dan Majlis Bandaran Ang Mo Kio menyiasat satu insiden misteri yang berlaku pada Isnin lalu, apabila sebuah lif didapati tiba-tiba naik dengan pantas setinggi 17 tingkat.

Ini menyebabkan seorang pembantu rumah terperangkap selama 90 minit. Lif di Blok 317 Ang Mo Kio Street 31 itu sudahpun dihentikan operasinya bagi membolehkan pegawai BCA dan majlis bandaran itu menjalankan siasatan.

Mangsa yang berjaya diselamatkan oleh pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dengan bantuan seorang juruteknik lif, dipercayai terjatuh dan bahagian belakang tubuhnya terhentak pada bahagian lantai lif.

Menurut kenyataan SCDF yang dipetik stesen penyiaran milik pemerintah Channel NewsAsia, amah tersebut bagaimanapun tidak mahu dihantar ke mana-mana hospital tempatan untuk mendapatkan rawatan lebih lanjut.

Ini merupakan antara beberapa kes misteri melibatkan lif di flat awam agensi pemerintah, Lembaga Pembangunan Perumahan (HDB) yang didapati boleh bergerak sendiri tiba-tiba sehingga menyebabkan ada pengguna cedera.

lif1

Pada 24 Januari lalu, sebuah lif di Blok 114 Edgefield Plains terpaksa digantung penggunaannya setelah dilaporkan terus bergerak pantas tanpa sebab walaupun satu daripada pintunya masih belum lagi ditutup dengan rapat.


Ironi pegawai Majlis Bandaran Pasir Ris-Punggol dan kontraktor dilantik BCA mendapati tiada apa-apa masalah tetapi insiden itu menyebabkan penduduk flat HDB baharu itu bimbang memasuki lif terutama jika keseorangan.

Dalam satu lagi insiden seram yang berlaku di flat HDB di Tah Ching Road pada 9 Oktober tahun lalu, tangan seorang wanita warga emas, Khoo Bee Hua, 85 tahun; terputus ngeri akibat tersepit begitu kuat antara pintu lif.

Satu siasatan bebas yang dijalankan pihak BCA bagaimanapun mendapati bahawa lif tersebut serta alat-alat keselamatannya masih berfungsi lagi dengan baik pada hari kejadian itu berlaku dan tiada gangguan teknikal.

Dianggarkan kira-kira 80 peratus penduduk Singapura menetap di flat HDB yang meliputi lebih 900,000 unit perumahan dalam 800 kawasan ditetapkan di seluruh republik pulau tersebut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Singapura Larang Bujang Tinggal Flat Sendirian

Juga: Video Pagar Utama Flat Singapura Tidak Selamat

Lagi: Denda RM53k Sebab 34 Kali Baling Sampah Dari Flat

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori