SUDAH menjadi kebiasaan dengar kisah majikan bertindak kasar dengan pekerja terutamanya pembantu rumah.
Namun hanya segelintir sahaja yang bersikap jahat sedemikian, kerana masih ramai lagi majikan yang baik dan menganggap pembantu rumah seperti ahli keluarga sendiri.
Sebuah perkongsian yang viral menerusi laman sosial baru-baru berkenaan seorang pembantu rumah yang ternyata ‘menikam’ majikannya sendiri.
Setelah dua tahun berkhidmat dengan majikannnya itu, tiba-tiba pembantu rumah tersebut meminta izin untuk pulang ke negaranya dengan alasan anaknya sakit.
Sebelum dihantar pulang, pembantu rumah berkenaan ada membuat sebiji kek dan mahu membawa pulang bersamanya kerana menurutnya anaknya yang sakit itu suka akan kek tersebut.
Semasa di pertengahan jalan menuju ke lapangan terbang di mana pembantu rumah berkenaan terlupa untuk mengambil keknya itu dan bertegas mahu berpatah balik semula. Apakah misteri dengan kek berkenaan?
Apa pun tidak semua pembantu rumah itu jahat dan begitu juga sebaliknya. Walau bagaimana pun, sentiasalah berwaspada dan berhati-hati, manusia tak semuanya sama, rambut sama hitam tapi hati lain-lain. –MYNEWSHUB.CC