Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Laluan Perkhidmatan MyBAS Diperluaskan

SEREMBAN - Laluan baharu perkhidmatan myBAS yang kini  menghubungkan  hampir semua pejabat penting kerajaan, hospital dan juga institusi...

“Gempa Bumi Petanda Akhir...

KUALA LUMPUR - Pemuda PAS mengingatkan orang ramai bahawa kejadian gempa bumi yang...

Bob Lokman Terima Lawatan...

DERITA dilalui pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman yang kini mempunyai masalah jantung...

PKR Masih Harapkan Kerjasama...

PERMATANG PAUH - Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih mengharapkan PAS akan dapat berkerjasama...

Muhyiddin Ambil Tindakan Rasional Kekal Dalam Umno

KUALA LUMPUR – “Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil tindakan rasional apabila memutuskan untuk terus kekal dalam Umno,” kata Setiausaha Veteran parti itu, Datuk Mustapha Yaakub.

Beliau berkata Muhyiddin, yang digantung jawatan Timbalan Presiden Umno pada Jumaat lalu, jelas berpegang kepada prinsip bahawa masalah parti perlu diselesaikan dari dalam parti.

“Muhyiddin bertindak secara rasional dan bukannya emosional… ia situasi yang berbeza dengan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad (bekas Perdana Menteri) yang mengumumkan keluar daripada Umno (pada 1 Mac),” katanya kepada Bernama hari ini.

Mustapha, yang tidak menafikan Umno menghadapi masalah, berkata pengalaman lalu pastinya menjadikan pemimpin-pemimpin parti itu lebih matang dalam menangani masalah itu.

Menurutnya, krisis kepimpinan dalam Umno bukanlah sesuatu yang baharu kerana ia telah ditempuhi sejak parti itu ditubuhkan 69 tahun lepas, selain menyaksikan pemimpinnya bersilih ganti.

Beliau turut menyambut baik keputusan Muhyiddin yang juga Ketua Umno Bahagian Pagoh, bekas Menteri Besar Kedah yang juga Ketua Umno Bahagian Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shapie Apdal untuk kekal dalam parti dan menganggapnya sebagai boleh memberi rangsangan moral kepada Umno.


“Muhyiddin seorang yang cintakan Umno dan Melayu, sebab itu beliau tahu apa tindakan yang seharusnya beliau lakukan. Keputusan itu sudah saya jangka dari awal lagi,” katanya. Mengulas keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno menggantung jawatan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden, Mustapha berkata tindakan itu diambil mengikut perlembagaan parti.

“Setiap keputusan dibuat setelah mengambil kira peruntukan dalam perlembagaan Umno dan MT mempunyai kuasa terhadap setiap keputusan yang dibuat,” katanya.

Pada 26 Februari lalu, MT Umno sebulat suara menggantung Muhyiddin sebagai timbalan presiden parti berkuat kuasa serta merta. – BERNAMA

[wpdevart_youtube]uxeuplxBcVs[/wpdevart_youtube]

  • Lagi berita berkaitan:
  • UMNO

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori