Thursday, December 19, 2024

Creating liberating content

Sebilangan Penduduk Kulai Terjejas,...

JOHOR BAHRU - Sebilangan penduduk di daerah Kulai semalam terjejas apabila kawasan kediaman...

Maut Terperosok Bawah Kereta...

BAGAN SERAI - Seorang maut, seorang parah manakala 11 lagi selamat dalam kemalangan...

Johor Komited Teruskan Pembinaan...

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan negeri komited untuk meneruskan pembinaan Loji Rawatan Air (LRA)...

Aktiviti Eksport, Import Diteruskan...

PUTRAJAYA - Aktiviti pengeluaran, pemprosesan dan pengedaran termasuk eksport dan import diteruskan seperti...

Muhyiddin Bergaul Mesra Dengan Pemimpin DAP Di Parlimen

KUALA LUMPUR – Entah mengapa portal berita propembangkang dilihat berusaha untuk menyelamatkan bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada dipandang serong oleh ahli dan penyokong parti keramat Melayu itu.

Ia berikutan tindakan Muhyiddin bergaul mesra dengan Ahli Parlimen Pakatan Harapan sewaktu menghadiri sesi pembukaan Parlimen hari ini, ibarat beliau adalah salah seorang daripada pemimpin Pakatan Harapan yang didominasi parti DAP.

“Selepas menyeru penyingkiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, adalah tidak bijak untuk ahli parlimen BN dilihat bersama bekas Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

“Mungkin ini menjadi sebab mengapa beliau terpaksa bergaul dengan ahli parlimen Pakatan Harapan ketika menghadiri sesi pembukaan Parlimen tahun ini,” lapor satu portal berita hari ini.

Organ DAP Roketkini.com hari ini dengan bangganya turut menyiarkan gambar Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berjalan bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan pemimpin pembangkang lain.

Dalam gambar lain, bekas pemimpin nombor 2 UMNO itu dilihat berkongsi masa santai dengan Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Lain-lain dalam gambar itu ialah Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong, Mujahid Rawa (Parit Buntar), Teresa Kok (Seputeh), Teo Nie Ching (Kulai) dan Dr. Hatta Ramli (Kuala Krai).

Mynewshub pada 14 Februari lalu pernah melaporkan pengumuman DAP bahawa parti itu akan mengadakan kerjasama dengan Muhyiddin dan pasukannya bagi menjatuhkan Perdana Menteri.


Penasihat DAP, Lim Kit Siang dipetik berkata, pada dasarnya terdapat tiga subjek yang menjadi persamaan diantara Muhyiddin dan UMNO Johor dengan DAP untuk menyerang Najib waktu ini iaitu dalam isu derma politik, 1MDB dan SRC International.

“Rekrut terkini untuk agenda (jatuhkan Najib) tidak lain iaitu bekas Timbalan Perdana Menteri (Muhyiddin) kerana mesejnya di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina di Pagoh bahawa perlu segera menyelamatkan Malaysia daripada menjadi negara yang gagal.

“Dengan tiga subjek itu, Pakatan Harapan [DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (PAN)] akan mengadakan kerjasama dengan Muhyiddin dan UMNO Johor,” kata Kit Siang.

Kit Siang juga pernah mengumumkan misi paling hebat DAP pada tahun ini adalah untuk memastikan UMNO ditumbangkan sendiri oleh ahli dan penyokong parti itu. - MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori