CHIANGMAI – Pemukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN ke-22 bermula hari ini dengan menteri-menteri ekonomi dan perdagangan kumpulan serantau itu menghadiri mesyuarat dua hari yang bermula pada Rabu.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed mewakili Malaysia pada mesyuarat hari ini, yang dipengerusikan oleh Menteri Perdagangan dan Industri Laos, Khemmani Pholsena.
Para pegawai kanan bertemu semalam sebelum meneruskan mesuarat peringkat menteri hari ini yang antara lain akan membincangkan isu penting berkaitan ekonomi, perdagangan dan pelaburan serantau.
Agenda mesyuarat hari ini meliputi AEM ke-14 dan Perundingan Pesuruhjaya Perdagangan Kesatuan Eropah.
Kedua-dua pihak dijangkakan mengadakan sidang media bersama petang ini.
Menerusi sistem giliran, Laos mengambil alih kepemimpinan ASEAN dari Malaysia, yang mengetuai kumpulan itu tahun lepas. – BERNAMA