Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

VIDEO: ‘Chibatman’ Jadi Kegilaan...

JIKA anda berkunjung ke Bandar Chiba di Jepun, jangan terkejut jika terserempak dengan...

Isu Zakir Naik: Nasib...

DI Myanmar - dalam wilayah Arakan, masyarakat Rohingya dibunuh seperti penyembelihan haiwan. Etnik...

Kesan Tingkat Kecekapan Keselamatan...

KEMAMAN - Kumpulan Keselamatan Nelayan Nasional (Kesan) berkonsepkan kesukarelawanan yang dilancarkan hari ini...

20 Pelancong Cemas Roller...

SEKUMPULAN pelancong berhadapan detik cemas apabila roller coaster yang dinaiki mereka rosak secara...

NC Boleh Tutup Universiti Jika Cuaca Panas Melampau

KUCHING – “Naib Canselor diberikan autonomi untuk menutup universiti jika keadaan cuaca panas bertambah buruk akibat fenomena El-Nino ketika ini,” kata Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata melalui konsep autonomi kepada universiti, banyak keputusan boleh dibuat oleh Naib Canselor tanpa perlu dirujuk kepada kementerian.

“Naib Canselor boleh membuat keputusan sendiri (tutup universiti)… ini berbeza dengan kementerian-kementerian lain di mana kebanyakan arahan datang daripada kementerian,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Jelajah Kementerian Pendidikan Tinggi:Soaring Upwards di sini Sabtu.

Idris berkata berharap semua program di luar bangunan dianjurkan universiti perlu mengambil kira keadaan cuaca panas bagi memastikan pelajar tidak menghadapi strok haba atau keletihan haba.

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan cuaca panas dan kering ini akan berakhir pada Mei atau Jun, dengan suhu dijangka paling panas esok kerana fenomena ekuinok. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori