Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Katy Perry Digosipkan Bercinta...

KELIHATAN mesra bersama sebaik selesai majlis anugerah Golden Globe yang semalam, penyanyi Katy...

1 Juta Penduduk Petaling...

SHAH ALAM : Lebih sejuta penduduk dalam 47 kawasan di daerah Petaling dijangka...

Bahana Tumbuk Bangla, Sharnaaz...

SIAPA tidak kenal dengan pelakon Juvana, Sharnaaz Ahmad yang begitu mantap dalam menjayakan...

Gadis ‘Peluk’ Kpop Hadiri...

KEMATIAN vokalis kumpulan K-Pop popular Shinee, Jonghyun akibat bunuh diri nampaknya memberikan impak...

Naib Presiden Pekida Balik Solat Subuh Maut Dilanggar

SUNGAI PETANI – Naib Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Hasim Abd Hamid, 64, maut selepas motosikalnya dirempuh kereta di KM51.5 Jalan Alor Setar-Butterworth, di Sungai Lalang, di sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata kejadian dipercayai berlaku ketika kereta jenis Honda Accord yang dalam perjalanan dari arah Sungai Petani menghala ke Gurun, melanggar mangsa yang sedang menyusur masuk ke laluannya kira-kira pukul 7.05 pagi.

“Mangsa dirempuh dari arah kiri bahagian belakang dan diseret kira-kira lima meter.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Md Zukir berkata siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, mangsa yang juga Pengerusi Pekida Kedah dan Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Merbok, dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Desa Aman, selepas menunaikan solat subuh di Masjid Al-Makmur, Sungai Lalang.

Sementara itu, anak sulung mangsa, Rizuan Hasim, 39, berkata bapanya aktif dalam pelbagai pertubuhan sukarela termasuk Pekida yang disertainya sejak lebih 20 tahun lalu.


“Jenazah ayah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pinang, Sungai Lalang,” katanya.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Marnah Thakrip, 63, serta tujuh anak.

Dalam pada itu, Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Dawai, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata pemergian Hasim adalah satu kerugian kerana beliau banyak berjasa kepada parti.

“Saya mengenali Allahyarham sejak 1980, beliau seorang yang bertanggungjawab dan bergiat aktif dalam pelbagai pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO),” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori