KISAH yang dikongsikan seorang pengguna Facebook di page Mynewshub ini menceritakan pengalaman pahitnya setelah menggunakan produk kecantikan yang dijual secara online.
Pemilik Facebook, Laila Majnun yang ingin dikenali cuma dengan nama Mia itu memberitahu, dia tertipu dengan salah satu produk kecantikan yang dijual secara aktif melalui atas talian pada hari ini.
Dek kerana ingin kurus dan langsing dalam kadar segera, Mia membeli dan menggunakan produk pelangsing dan pemutih badan berkenaan namun rasa kecewa dan tertipu dengan hasilnya.
Menurutnya, dia mengalami masalah kulit yang teruk pada bahagian yang disapu krim tersebut di mana ianya menjadi kemerahan dan melecet.
Bukan dia sahaja, malah kawan-kawan serumahnya yang disaran menggunakan produk berkenaan juga mengalami nasib sama, tak pasal-pasal dia terpaksa menanggung kos rawatan masalah kulit mereka.
Berikut kenyataan Laila berkaitan produk yang digunakannya:
Nasihat kami kepada wanita di luar sana, usah tertipu dengan produk-produk kecantikan berdasarkan testimonial yang belum tentu benarnya. Selidik dan dapatkan pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jika terdapat sebarang keraguan pada produk yang ingin dicuba.
Selain itu, sila hati-hati apabila membeli sesuatu produk kerana terdapat banyak juga produk yang dipalsukan pihak tak bertanggung jawab untuk mendapat untung mudah. Penyangak seperti ini, sudah tentulah tidak menggunakan ramuan yang benar-benar asli sebagaimana digunakan produk sebenar yang telah mendapat pengesahan KKM. – MYNEWSHUB.CC