Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Polis Marin Rampas Mercun...

TUMPAT - Pasukan Polis Marin (PPM) Pengkalan Kubor merampas pelbagai jenis mercun bernilai...

Penganggur Didenda RM2,200 Cederakan...

KUALA LUMPUR - Gara-gara mencederakan seorang lelaki berperwatakan wanita, seorang penganggur didenda RM2,200...

Musim Tengkujuh: Pulau Peranginan...

KUALA TERENGGANU - Aktiviti pelancongan di beberapa pulau peranginan di negeri ini mula...

Pemandu ‘Gila’ Sengaja Langgar...

"ANDA sepatutnya tembak saya, saya mahu bunuh mereka," itu yang diperkatakan seorang lelaki...

Natasha, Timmy Juarai Kejohanan Boling Kebangsaan

PETALING JAYA – Pemain elit negara, Natasha Roslan dan Timmy Tan muncul juara kebangsaan, masing-masing dalam kategori wanita dan lelaki Kejohanan Boling Kebangsaan ke-40 di Mega Lanes, Bandar Sunway, di sini.

Selaku pendahulu kategori Masters wanita, Natasha berjaya mengekalkan momentum permainan untuk menewaskan Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman dengan kelebihan 24 pin selepas menjatuhkan 206 pin berbanding 182 oleh lawannya.

Natasha, 20, berkata beliau tidak menjangka dapat menjuarai kejohanan itu ekoran saingan sengit daripada rakan sepelatihnya, Siti Safiyah Amirah.

“Saingan memang sengit tapi itu perkara biasa. Semua pertandingan sama sahaja, yang penting konsistensi dan keyakinan.

“Pertama kali jadi juara kebangsaan memang sesuatu yang menggembirakan cuma bezanya hari ini, tekanan yang tinggi buat saya lebih bersemangat untuk melakukan yang terbaik,” katanya.

Natasha yang mula bersama skuad kebangsaan sejak tiga tahun lalu berkata sebelum kejohanan bermula, beliau hanya mahukan yang terbaik buatnya dan pasukan Selangor.


Sementara itu, hanya satu pin menjadi pemisah antara Timmy dan juara bertahan Muhd Rafiq Ismail.

Timmy bangkit mengatasi pendahulu kategori Masters lelaki, Muhd Rafiq untuk menang 224-223 dalam pertarungan yang cukup sengit.

Juara baru itu berkata beliau amat gembira selepas berjaya mencapai impian menjuarai kejohanan kebangsaan itu selepas tiga tahun mencuba.

“Walaupun saya dan Rafiq rakan seperjuangan dan berkawan baik tapi dalam pertandingan kami mengamalkan persaingan sihat. Tahun lepas saya tewas kepada Rafiq tapi tahun ini menjadi milik saya,” kata Tan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori