Thursday, November 14, 2024

Creating liberating content

Mangsa Banjir Di 4...

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Sabah yang...

Sumbang Mahram: ‘Paksu’ Hadapi...

KUALA LUMPUR - Selepas didakwa atas 334 pertuduhan melakukan sumbang mahram terhadap anak...

Bandar Raya Leicester Berpesta...

 ENGLAND: Kejayaan menakjubkan Leicester City menjuarai Liga Perdana Inggeris menuju kemuncaknya apabila kira-kira...

Bela Nasib Bekas Tentera.....

ALOR SETAR - Bagi memudahkan masalah dan keluhan bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia...

Nilai Pasaran Banglo Lim Guan Eng RM4.27 Juta

GEORGETOWN – Nilai sebenar banglo di Jalan Pinhorn di sini yang dibeli Lim Guan Eng ialah RM4.27 juta dan perkara itu terkandung dalam notis taksiran pindah milik harta tanah Lembaga Hasil Dalam Negeri kepada ketua menteri Pulau Pinang itu, Ogos lepas.

Pemuda UMNO Pulau Pinang telah memperoleh salinan notis bertarikh 27 Ogos 2015 itu yang menyatakan Lim perlu membayar duti setem sebanyak RM122,100 berdasarkan nilai pasaran rumah itu ialah RM4.27.

Ketuanya, Rafizal Abdul Rahim menunjukkan salinan itu kepada pemberita sebelum membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini berhubung isu pembelian banglo itu.

Semalam, Lim, ketika membawa pemberita melawat rumahnya, dilapor berkata beliau tidak mengetahui nilai pasaran banglo dua tingkat yang dibeli dengan harga RM2.8 juta itu kerana beliau bukan ejen hartanah.

Rafizal berkata adalah mustahil setiausaha agung DAP itu tidak tahu nilai harga pasaran sebenar rumah yang dibelinya itu.

“Biasanya kita akan semak dulu sebelum kita beli. Beli rumah ni adalah satu perkara yang cukup besar. Mesti kita tahu nilai pasaran berapa,” katanya.

Pembelian rumah banglo oleh ketua menteri Pulau Pinang itu menjadi kontroversi apabila Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya membangkitkan isu itu pada persidangan Dewan Rakyat, Khamis lepas.

Shabudin, yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, turut meminta Jabatan Penilaian dan Pembangunan Harta membuat penilaian ke atas hartanah berkenaan.


Shabudin turut meminta SPRM menyiasat penjualan beberapa lot tanah di Pulau Pinang yang dikatakan asalnya diperuntukkan untuk pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin.

Rafizal berkata Pemuda UMNO Pulau Pinang dalam laporannya meminta SPRM menyiasat sama ada berkaitan antara pembelian banglo itu dan penjualan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis di sini.

Sementara itu, setiausaha politik kepada ketua menteri, Wong Hon Wai berkata Lim mengalu-alukan siasatan SPRM agar dapat membuktikan beliau menjalankan pentadbiran bersih.

“Ketua Menteri akan memberikan kerjasama penuh ke atas siasatan SPRM ini dan ingin meminta ia disegerakan agar dapat membuktikan tuduhan rasuah ke atas ketua
menteri adalah tidak berasas dan palsu,” katanya dalam kenyataan yang disiar dalam laman sosial Facebook ketua menteri itu.

Wong berkata ketua menteri akan membuat lawatan rasmi ke Hainan, China, minggu ini dan Lim boleh dihubungi untuk diambil keterangan atau sebarang yang perlu pada minggu hadapan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori