Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

LTTE: Mahkamah Tolak Permohonan...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini membuang permohonan ikat jamin oleh Exco...

Ahli Parlimen BN Kekal...

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengulangi keputusan parti itu yang...

MAHB Menang Anugerah Pemasaran...

CEMERLANG... Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memenangi Anugerah Pemasaran Laluan Asia 2018 untuk...

Trump Arah Mattis Letak...

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengarahkan Setiausaha Pertahanan, Jim Mattis, supaya...

NZ Usir Wanita HK Seludup 6 Lemon ‘Ajaib’ Dalam Seluar

WELLINGTON – Seorang wanita asing yang menyembunyikan enam biji buah lemon di dalam seluarnya sebagai percubaan menyeludup masuk buah-buahan itu ke New Zealand, dihantar balik ke Hong Kong, China.

Perbuatannya yang melanggar undang-undang keselamatan bio yang ketat itu berjaya dikesan oleh anjing-anjing penghidu pintu pemeriksaan imigresen di lapangan terbang antarabangsa Auckland dekat sini pada 21 Mac lalu.

Anjing-anjing penghidu yang digunakan untuk memeriksa para penumpang di terminal lapangan terbang itu mengesan buah-buah lemon berkenaan, yang menurut wanita tersebut ingin dijadikan ubat merawat organ hati.

Namun menurut ejen-ejen kastam, buah-buahan tersebut sebenarnya dilarang keras daripada dibawa masuk di bawah undang-undang yang melindungi hasil tanaman domestik, sekali gus wanita berkenaan diusir pulang.

“Alasan penumpang tersebut konon buah-buah lemon itu sebagai bagus untuk merawat hati dan penyakit-penyakit lain,” kata jurucakap Kementerian Perusahaan Asas New Zealand, Craig Hughes kepada media tempatan.

“Apa dikatakannya mungkin benar, namun ia tidak mewajarkan perbuatannya membahayakan industri hortikultur New Zealand dengan bawa masuk buah-buahan yang mungkin mengandungi bahan perosak,” tambah beliau.


Insiden percubaan melepasi pasukan keselamatan bio New Zealand seperti itu bukan kes kali pertama. Sebelum ini, pernah berlaku insiden ada individu cuba seludup masuk flora dan fauna yang disembunyikan di dalam seluar.

Pada tahun 2013, percubaan seorang lelaki Vietnam untuk menyeludup masuk ikan melalui lapangan terbang Auckland terbongkar apabila para pegawai ternampak seluar lelaki berkenaan basah di bahagian koceknya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori