Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Jangan Samakan PKPB Dengan...

KUALA LUMPUR - "Masih ramai yang dirawat. Tidak mustahil wabak boleh berjangkit semula....

LGBT Perlu Hormati Hak...

PUTRAJAYA - Golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) diingatkan untuk menghormati sensitiviti...

PRK Kimanis: Tak Ubah...

KIMANIS - Kemenangan mana-mana calon bagi merebut kerusi Parlimen Kimanis pada Pilihan Raya...

Mayat Warga Emas Dalam...

BALIK PULAU - Misteri kehilangan seorang warga emas sejak enam hari lalu akhirnya...

Orang Asli Tidak Terpinggir Dalam Agenda Pembangunan Negara

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan membiarkan mana-mana golongan masyarakat termasuk Orang Asli terpinggir dalam agenda pembangunan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata keprihatinan kerajaan memelihara kebajikan Orang Asli dapat dilihat hasil usaha Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) melalui Asrama Darul Falah (ASDAF) dalam menyediakan pendidikan akademik rasmi kepada suku kaum Orang Asli dan menjaga kebajikan mereka secara berterusan.

“Alhamdulillah, petang tadi saya berkesempatan melawat ASDAF di Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur, yang diurus dan disediakan oleh PERKIM untuk anak-anak Orang Asli dari kawasan pedalaman,” katanya menerusi catatan terbaru dalam blog beliau, www.najibrazak.com, hari ini.

Hasil tinjauan dan perbincangan bersama pengetua asrama, Ustaz Zulyadain Mohd Radzi, perdana menteri telah diberitahu bahawa keadaan asrama berada dalam suasana kurang memuaskan dan perlu ditambahbaik untuk 42 orang anak-anak yang mendiaminya.

“Antaranya, katil, tilam dan bantal berada dalam keadaan uzur dan perlu diganti segera demi keselesaan anak-anak. Selain itu, keadaan surau, tangki air dan tandas juga memerlukan perhatian dan tindakan baikpulih akan segera diambil oleh komuniti sukarelawan belia Malaysia, 1M4U,” katanya.


Najib berkata 1M4U juga akan mengadakan kelas tambahan Bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan tahun ini. Kelas Teknologi Maklumat (IT) dan peningkatan kemahiran vokasional akan turut dilaksanakan dengan kerjasama GIATMARA.

Projek pemulihan jangka panjang akan dilakukan supaya anak-anak ini mendapat tempat tinggal lebih baik dan dapat belajar dalam keadaan yang lebih sempurna, katanya.

“Insya-Allah, saya akan kembali melawat asrama ini bagi memastikan projek ini siap dilaksanakan,” kata Najib. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori