Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Zii Jia Juara Seluruh...

KUALA LUMPUR - Jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia melakar sejarah apabila muncul...

111 Gigitan Anjing Terbaru...

KUCHING - Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak memaklumkan  111 kes gigitan anjing terbaru dilaporkan hari ini.Menurut jabatan...

Mahathir Sembunyi Fakta Demi...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad sengaja menyembunyikan kebenaran...

7 Maut, 16 Dimasukkan...

KUALA LUMPUR - Sebanyak tujuh lelaki maut manakala 16 lagi dimasukkan ke hospital...

Orang Perancis Gila Makan Pasta Serangga

DIPERCAYAI kaya dengan sumber protein semulajadi, menyebabkan penduduk di Perancis semakin tergila-gilakan pasta yang dihasilkan melalui serangga.

Pada mulanya, seorang pembuat pasta, Stephanie Richard mahu menghasilkan makanan yang mengandungi khasiat protein tinggi yang dikhaskan untuk atlit, empat tahun lalu.

1
Stephanie Richard bersama produk pasta serangga ciptaannya.

Teruja dengan satu idea daripada sebuah syarikat pengeluar serangga yang berpangkalan di Lyon, Stephanie kemudiannya mencampurkan bancuhan tepung dengan kandungan serangga yang diperolehi menerusi pembekal terbabit.

Buat permulaan, produk pertama rekaannya itu laris terjual dalam hanya beberapa hari sahaja.

Dan kini, Stephanie perlu memenuhi permintaan pelanggan yang mana dia harus mengeluarkan sekurang-kurangnya 400 kilogram pasta setiap minggu bagi tujuan itu.

2


Menurut pembuat pasta itu lagi, dia menggunakan belalang sebagai sumber utama dalam penghasilan resipinya itu.

“Serangga adalah sumber protein yang akan digunakan di masa akan datang. Ia mengandungi protein tinggi yang boleh dihadam oleh kita,” kata Stephanie. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori