Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Filem Narnia The Silver...

BAGI peminat setia filem Narnia, ini pasti merupakan satu berita yang gembira buat...

Harga Barangan Kawalan Deepavali...

KULIM – Pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2018 yang bermula hari...

Majlis Penghargaan Wira Merah...

KUALA LUMPUR - Majlis Penghargaan Wira Merah yang dijadualkan esok (Rabu) ditangguhkan ke...

Milik Siapa Tas Tangan...

SEMALAM, gempar dengan berita penemuan 72 beg berisi wang tunai pelbagai mata wang...

Padah ‘Renung’ Pramugari, 2 Muslimah Diusir Dari Pesawat

LOS ANGELES – Dua wanita Muslimah terpaksa diiringi keluar daripada sebuah pesawat syarikat penerbangan tambang murah, JetBlue di sini setelah seorang pramugari “tidak suka dengan cara mereka merenung matanya.”

Menurut laporan portal Russia Today (RT), video insiden aneh itu turut disiarkan dan dimuat naik ke YouTube oleh Mark Frauenfelder pada Isnin lalu, yang menunjukkan suspek dibawa keluar oleh seorang pegawai polis.

Frauenfelder yang juga seorang wartawan dan bekas editor Wired, menulis keterangan mengenai video itu, bahawa “rakannya, Sharon Kessler sedang menaiki pesawat JetBlue penerbangan 487 dari Boston ke Los Angeles”.

Kessler dilaporkan terdengar “salah seorang pramugari memberitahu rakan kerjanya, bahawa dia tidak suka dengan cara dua wanita beragama Islam yang memakai jubah warna hitam itu merenung tajam mata dirinya.”

jetblue

RT melaporkan, Frauenfelder berkata rakannya itu menulis menerusi laman Facebook bahawa pramugari tersebut “tidak kelihatan takut atau gementar – hanya sombong”, dan menyifatkan reaksi beliau itu sebagai “keterlaluan.”

Portal berita itu melaporkan, sebaik sahaja pesawat syarikat kos rendah itu mendarat di Los Angeles, penumpang diminta kekal di tempat duduk mereka sementara polis mengiringi kedua-dua wanita itu keluar dari kapal terbang.

JetBlue namun menafikan dua wanita itu diusir keluar atas sebab tersebut sebaliknya menyatakan, mereka dilihat membuat rakaman video tentang prosedur keselamatan dalam pesawat, yang boleh menjadi isu keselamatan.


Jurucakap operator udara tersebut menambah dalam kenyataannya: “Jika seorang anak kapal percaya seorang pelanggan mungkin merakamkan prosedur keselamatan, dia boleh melaporkannya untuk proses siasatan lanjut.

LAX (1)

“Dalam kejadian ini, anak kapal kami bertindak menurut prosedur operasi standard keselamatan lazim. Kami menghargai kesabaran dan kerjasama setiap pelanggan kami, dan meminta maaf atas sebarang ketidakselesaan.”

Jetblue merupakan syarikat penerbangan kelima terbesar di Amerika Syarikat itu ditubuhkan pada 2000 berpusat di New York dengan memiliki 216 buah pesawat serta menawarkan 97 destinasi domestik dan antarabangsa.

Kedua-dua wanita tersebut dilaporkan disoal siasat oleh polis, namun kemudian dibebaskan tidak lama selepas itu selepas pegawai penyiasat amat berpuas hati dengan keterangan mereka berdua. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori