Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Honda Sasar Jual 700...

KUALA LUMPUR ā€“ Honda Malaysia menetapkan sasaran jualan bulanan sebanyak 700 unit bagi...

Warga Asing Suspek Dalang...

TANAH MERAH - Warga asing disyaki menjadi dalang utama penyeludupan senjata api ke...

“Itu Gambar Abang Saya,...

JERANTUT - "Itu gambar abang saya, bukan Jamal," kata adik kepada pelancong Malaysia...

Kronologi Peristiwa Kes Liwat...

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Berikut ialah peristiwa berkaitan kes liwat kedua...

PAN Gesa Anak Muda Lancar Rusuhan?

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan seolah-olah menghasut golongan muda negara supaya melancarkan rusuhan jalanan seperti yang pernah berlaku di Thailand dan Indonesia bagi mencapai cita-cita politik pembangkang menjatuhkan kerajaan diluar sistem demokratik.

Gesaan itu boleh dilihat melalui seruan pemimpin Pakatan Harapan daripada Parti Amanah Negara (PAN) supaya anak-anak muda Malaysia propembangkang bangkit dan bertindak daripada sekadar melancarkan protes di media sosial.

“Pemuda PAN berpendirian bahawa usaha merawat negara yang rosak harus menjadi agenda nombor satu anak-anak muda di Malaysia.

“Pemuda PAN menyeru warga muda negara untuk bangkit dan bertindak. Keluar daripada protes kosong di media-media sosial dan berpencak langsung dalam menurunkan menjatuhkan Najib Razak (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak),” seru Ketuanya, Sany Hamzan dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau mendakwa, perubahan ke atas sistem kerajaan yang menyeluruh wajib dimulakan dengan menjatuhkan Najib.


“Usah benarkan kerosakan terus bermaharajalela. Sesuatu harus dilakukan. Sekarang,” katanya.

Pakatan Harapan merupakan sebuah gabungan parti politik yang didominasi oleh DAP untuk merampas pemerintahan negara daripada Barisan Nasional (BN).

Gabungan pembangkang itu dalam usaha menjalin kerjasama dengan kumpulan penentang dalaman UMNO yang diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad, anaknya Datuk Seri Mukhriz dan Tan Sri Muhyiddin Yassin demi kepentingan politik masing-masing. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori