KUALA LUMPUR – Setiap rakyat Malaysia perlu menghargai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bersempena Sambutan Hari Wanita Sedunia hari ini.
Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (PAN), Mohd. Anuar Tahir mendakwa, Wan Azizah ibarat ibu kepada seluruh rakyat Malaysia kerana perjuangannya untuk rakyat.
“Tokoh-tokoh pejuang wanita sepanjang zaman seperti Wan Azizah dan Aung San Suu Kyi telah menggambarkan bahawa wanita adalah sumber perjuangan.
“Jasa mereka wajar dikenang. Menghargai mereka adalah menghargai kaum ibu kita sendiri,” dakwanya menerusi satu kenyataan media yang bertujuan menyamakan taraf Wan Azizah setaraf Suu Kyi.
Ironinya, Wan Azizah hanya menceburi politik selepas suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dihukum penjara kerana kesalahan meliwat lelaki lain.
Beliau menyertai parti politik bagi memperjuangkan kebebasan suaminya daripada penjara dengan bantuan pemimpin pembangkang lain. – mynewshub.cc