Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Vaksin Pfizer Boleh Disimpan...

WASHINGTON - Vaksin COVID-19 keluaran Pfizer yang dibekukan, boleh disimpan pada suhu biasa...

Polis Tumpaskan Sindiket Judi...

BUTTERWORTH - Polis akhirnya menumpaskan sindiket perjudian dalam talian selepas menahan sembilan lelaki...

Pekerja Restoran Didakwa Miliki...

IPOH - Seorang pekerja restoran didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini...

Padah Hina Agama: Charlie...

PARIS – Serangan berdarah ke atas pejabat majalah mingguan Charlie Hebdo di sini pada...

Cederakan Buruh Pakistan, Papa Gomo Didenda RM4,300

KUALA LUMPUR – Penulis blog terkenal, Papa Gomo yang mengaku bersalah atas tiga tuduhan mencederakan seorang buruh warga Pakistan didenda RM4,300 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Jumaat.

Keputusan berkenaan dibuat oleh Majistret Husna Dzulkifly selepas Papa Gomo atau nama sebenarnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris mengaku bersalah sebaik pertuduhan itu dibacakan terhadapnya.

Pihak mahkamah turut memerintahkan tertuduh yang berusia 33 tahun itu untuk menjalani tambahan hukuman penjara selama 10 bulan lagi sekiranya dia gagal menjelaskan amaun denda tersebut.

Rakaman video Papa Gomo menyerang Khuram Shahzad dengan menampar dan menumbuk pipi kiri serta menendang alat sulit mangsa itu menjadi viral setelah tersebar luas menerusi media sosial tempatan.

Tertuduh dilaporkan bertindak sedemikian sekitar pukul 1.30 tengah hari pada 29 Januari lalu kerana mendakwa mangsa tersebut pernah mengganggu adik perempuannya di Starpac, Wangsa Maju dekat sini.

papagomo1

Blogger popular berkenaan pada mulanya dirakamkan memanggil pekerja asing terlibat untuk dicam terlebih dahulu oleh adik perempuannya itu atas dakwaan melakukan gangguan seksual.


Setelah dikenal pasti, Papa Gomo mula menumbuk dan menampar lelaki asing berkenaan sambil memberi amaran kepada mangsa agar belajar untuk menghormati sensitiviti rakyat negara ini.

Papa Gomo mendakwa beliau cuba mempertahankan tindakannya sebagai seorang abang yang melindungi adik dan memberi alasan sukar untuk mengheret pekerja asing ‘bermasalah’ ke muka pengadilan.

Beliau didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang sekiranya sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum selama setahun dan sejumlah denda.

Tahun lalu, Papa Gomo pernah ditahan di bawah Akta Hasutan berhubung kes rusuhan di Plaza Low Yat sebelum dibebaskan setelah namanya itu didapati digunakan individu lain. -  Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Video – Pekerja Pakistan Ditumbuk Akibat Kacau Wanita Tempatan

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori