Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Bekas Pengarah Kastam KL...

SHAH ALAM - Mahkamah Seksyen di sini, hari ini, melepas tanpa membebaskan bekas...

Keputusan AFC Tepat, Adil...

PUTRAJAYA - Keputusan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) meminta Korea Utara menyediakan gelanggang...

CUEPACS Harap Imbuhan Penjawat...

BUKIT MERTAJAM - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan...

Malaysia Akan Terus Bantu...

KANGAR - Kerajaan Malaysia akan terus membantu Indonesia untuk memadam api kebakaran di...

Pasar Raya Kerugian Kira-Kira RM400,000 Dipecah Masuk

KOTA BHARU – Sebuah pasar raya di Kok Lanas di sini, kerugian kira-kira RM400,000 setelah dipecah masuk pencuri, malam tadi.

Pengurus pasar raya berkenaan, Gan Boon Eng, 60, berkata kejadian itu disedari pekerjanya pada 9 pagi tadi apabila melihat pintu hadapan premis tersebut tidak ditutup.

“Sejurus mendapat maklumat daripada pekerja, saya bergegas ke pasar raya, apabila masuk ke dalam pejabat, saya mendapati peti besi dipecahkan dan wang tunai kira-kira RM400,000 dilarikan,” katanya kepada pemberita di pasar raya tersebut.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Ahmad Taufek Abdullah berkata siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku 11 malam tadi.


“Suspek yang lebih daripada seorang itu, turut melarikan perakam kamera litar tertutup (CCTV) dan mematikan sistem penggera keselamatan ‎bangunan pasar raya tersebut bagi mengelak aktiviti mereka dikesan,” katanya.

Beliau berkata suspek dipercayai memasuki pasar raya berkenaan melalui pintu hadapan dan keluar menerusi pintu belakang. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori