Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Selebriti Malaysia Mohon Bantuan...

Tiada siapa yang boleh menafikan 'kuasa' selebriti dalam mempengaruhi peminatnya.Promosilah apa saja produk...

Tertipu Lagi?

Sudah hampir dua minggu sejak Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) diadakan pada...

Dua Beranak Maut Dalam...

NARATHIWAT - Seorang budak perempuan berusia empat tahun dan bapanya antara tiga mangsa...

Agong Harap Barisan Hadapan...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan...

PDRM, JDT, Kedah Ke Suku Akhir Piala FA

KUALA LUMPUR – Dua finalis Piala Malaysia musim lalu, Selangor dan Kedah berdepan nasib berbeza dalam Piala FA dengan juara 33 kali itu tersingkir manakala skuad Helang Merah mara ke suku akhir.

Kedah, naib juara Piala Malaysia, menang menerusi penentuan penalti 5-4 ke atas Kelantan selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam pertemuan pusingan ketiga, untuk mengiringi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Hajat Kelantan menebus kekalahan 1-2 kepada Kedah dalam saingan Liga Super sebelum ini tidak kesampaian apabila terpaksa akur dengan kekalahan kedua berturut-turut di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Kelantan mendahului dengan gol Jonathan Mc Kain pada minit ke-34 sebelum tuan rumah menyamakan kedudukan pada minit ke-46 menerusi Khairul Helmi Johari.

Dalam penentuan penalti, Kedah menang dengan 5-4 menerusi Sandro da Silva, Carlos Eduardo, Mohd Shafiq Ahmad, Bang Seungwhan dan Liridon Krasniqi manakala sepakan penalti terakhir Kelantan oleh Mohd Khairul Izwan tersasar.

Sementara itu, PDRM menyekat kemaraan pendahulu Liga Super, Selangor dengan kemenangan 2-1 di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Kemenangan itu sekali gus memadamkan hasrat juara Piala Malaysia 2015 itu untuk melangkah ke suku akhir Piala FA.


Muhammad Safuwan Baharudin menjadi wira PDRM selepas meledak dua gol pada minit ke-37 dan 58 manakala penyerang berbisa skuad Gergasi Merah, Patrick Ronaldinho Wleh mengurangkan defisit dengan menjaringkan gol empat minit sebelum wisel penamat.

Di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, JDT melangkah bergaya ke suku akhir selepas menang selesa 4-1 ke atas Negeri Sembilan.

Skuad bimbingan Mario Gomez itu membuka jaringan seawal minit kelima menerusi Aznie Taib disusuli lima minit kemudian oleh Amri Yahyah yang menyempurnakan sepakan penalti yang diberikan berikutan kekasaran Mohd Shazlan Alias ke atas Gary Steven Robart.

Selepas rehat, JDT menambah dua lagi gol yang dihasilkan Jorge Pereyra Diaz pada minit ke-63 dan 90 manakala gol sagu hati Negeri Sembilan diperoleh menerusi Andrew Nabbout pada minit ke-66.

Esok, lima lagi perlawanan pusingan ketiga Piala FA akan diadakan melibatkan juara edisi 2014, Pahang bertemu Sime Darby FC; Perak menentang Kuantan FA, PKNS berdepan Felda United, Perlis bertemu Kuala Lumpur dan Sabah berhadapan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori