Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Beza Antara Zaman Mahathir...

PEMBANGKANG asyik dok tibai, konon rakyat hidup lebih mewah zaman Mahathir Mohamad daripada...

Masalah Sampah Di Bukit...

KUALA LUMPUR – Masalah 16 tan sampah sehari yang dihasilkan oleh penduduk sekitar...

Belanja Mengurus Agong Hanya...

PERBELANJAAN rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V sepanjang tahun lalu dan awal...

MB, Exco Pahang Berdepan...

PETALING JAYA : Bekas Ketua Pengarang Berita TV3, Khaidir Ahmad menuntut permohonan maaf...

Pengawal Keselamatan Didenda RM1,000 Kerana Cederakan Bekas Kekasih

KUALA LUMPUR – Gara-gara mencederakan bekas kekasihnya selepas berlaku perselisihan faham, seorang pengawal keselamatan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Jesseca Daimis menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Zulkifli Mat Zin, 32, selepas dia mengaku bersalah dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Halimah Ambia, 38, di hadapan lif tingkat 4, Flat Sri Perak Jalan 1A/48A, Sentul, dekat sini pada 8.30 pagi 26 Mac.

Mahkamah memerintahkan tertuduh dipenjara dua bulan jika tidak membayar denda itu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga satu tahun atau dengan denda sehingga RM2,000 atau kedua duanya sekali.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh bertindak mencederakan mangsa selepas berlaku perselisihan faham antara mereka sebelum dia memukul seluruh badan wanita itu menggunakan batang mop dan menyepak seluruh badan serta menumbuk di bahagian kepalanya berkali-kali.


Ketika rayuan, peguam Azi Azlin Zulkifli yang mewakili tertuduh memohon mahkamah tidak mengenakan hukuman penjara sebaliknya menjatuhkan hukuman denda minimum atas alasan itu kesalahan pertama anak guamnya dan tertuduh menyesali perbuatannya.

Pegawai Pendakwa Zuraimi Kamarozzaman memohon mahkamah hukuman setimpal supaya dapat memberi pengajaran dan keinsafan kepada tertuduh. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori