Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

RM31.2 Bilion Tingkat Ketenteraan...

KUALA LUMPUR - Sebanyak RM31.2 bilion diperuntukkan dalam Bajet 2016 bagi meningkatkan tahap...

Kerajaan Tetap Tidak Benarkan...

PUTRAJAYA : Kerajaan tetap tidak membenarkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)...

Jabra Malaysia Raikan Sambutan...

PENGELUAR produk audio inovatif terkemuka dunia, Jabra kini meraikan sambutan ulang tahun ke-9...

Awi Kenal Atikah Ketika...

PENYANYI, Awi Rafael mendedahkan dia hanya mula mengenali tunangnya, Atikah Suhaimie ketika masih...

Pelarian Rohingnya Ketua Perompak

Ampang Jaya – Masuk ke negara ini dengan menagih simpati sebagai pelarian Rohingya, sebaliknya mereka menubuhkan kumpulan penjenayah Geng Shafi yang aktif melakukan pecah rumah di daerah ini.

Seramai 14 ahli geng warga Myanmar yang memiliki dokumen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) diberkas polis sejak 24 Februari lalu.

Ketua Polis Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, pihaknya berjaya menyelesaikan 16 kes pecah rumah susulan penahanan semua suspek serta merampas pelbagai barangan curi bernilai hampir RM100,000.

Menurutnya, semua ahli kumpulan berjaya ditahan dalam tiga serbuan di tiga lokasi berasingan di Taman Tasik Permai di sini, dan Taman Dato Senu, Sentul.

Katanya, hasil siasatan mendapati kumpulan terbabit menjalankan kegiatan pecah rumah di sekitar daerah ini sebelum barangan dicuri dijual di pasar karat sekitar ibu negara.

“Polis merampas 111 unit pelbagai jenis barangan hasil pecah rumah antaranya telefon bimbit, barang kemas, pelbagai mata wang asing dan barang elektronik,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, semalam.

Menurutnya, kumpulan penjenayah sering menggunakan kenderaan yang dipercayai dicuri.


Katanya, dalang utama kes ini dikenali sebagai Shafi turut berjaya ditahan dan kumpulan ini menyasarkan kediaman ditinggalkan penghuni serta kawasan yang mudah untuk melarikan diri.

“Turut dirampas sebuah kereta Proton Persona yang dilaporkan hilang dicuri sebelum ini. Kes itu masih disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sementara itu Hamzah memberitahu pihaknya berjaya menurunkan indeks jenayah bulan Februari di daerah Ampang Jaya sebanyak 10 peratus berbanding bulan Januari.

Katanya, kejayaan itu adalah hasil inisiatif pelaksanaan Ops ‘Aggressive Policing’ dan penubuhan pasukan khas untuk memantau dan mengekang kejadian jenayah di daerah ini terutamanya kes pecah rumah dan ragut. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori