Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Dunia Sangsi Penjelasan Riyadh

RIYADH – Arab Saudi semalam berdepan pandangan tidak percaya berhubung penjelasan tentang bagaimana...

Skim Insurans Untuk Pesawah...

KOTA BHARU - Kajian mengenai skim insurans untuk membantu pesawah yang mengalami kerugian...

Kapal Kargo Mongolia Ditahan...

Kota Tinggi : Kapal Kargo yang berdaftar dari Mongolia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim...

Gempa NZ: Dua Terbunuh,...

CHRISTCHURCH: South Island di New Zealand digegarkan dengan gempa bumi kuat berukuran 7.5...

Pemain Terengganu Rai Kanak-Kanak Di HSNZ

KUALA TERENGGANU – Skuad bola sepak Terengganu meraikan lebih 50 orang kanak-kanak di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Majlis lebih satu jam di wad kanak-kanak itu disertai 25 orang pemain dan enam pegawai.

Setiausaha Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT), Arpin Draman berkata lawatan tersebut merupakan program tanggungjawab sosial mereka.

“Sekarang adalah waktu rehat agak panjang. Kami tidak mempunyai perlawanan dalam tempoh beberapa minggu ini. Jadi inilah masa yang sesuai untuk kami mengadakan aktiviti seperti ini. Hari ini kami memberi sumbangan 60 hamper kepada pesakit di sini,” katanya.

Kapten pasukan Ahmad Nordin Alias berkata program sedemikian harus diteruskan setiap tahun bagi membolehkan pemain Terengganu mendekati peminat mereka.


“Kita boleh lihat kanak-kanak begitu teruja apabila bintang bola sepak mereka datang melawat mereka dan ini harus diteruskan di masa hadapan,” katanya.

Bapa kepada seorang kanak-kanak itu, Mohamed Sulaiman berkata kunjungan pemain skuad Terengganu amat mengembirakan anaknya Ahmad Ilmam, 11, yang mengidap penyakit jantung berlubang dan kegagalan injap.

“Anak saya memang minat sangat dengan Issey Nakajima (pemain kelahiran Kanada). Bila Issey datang bersalam dengan anak saya, dia sangat teruja,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori