Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Mayat Kanak-kanak Hilang Dalam...

SEMPORNA: Mangsa terakhir tragedi bot karam yang dilaporkan hilang di sekitar perairan Pulau...

11 Ditahan Tipu Jual...

KUALA LUMPUR - Sebelas suspek kes penipuan jual beli tanah melibatkan kerugian berjumlah...

SPRM Tak Layan Surat...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak lagi menerima surat layang kes rasuah atau...

Laporan Insiden LRT Ke...

PUTRAJAYA - Laporan siasatan kemalangan membabitkan tren Transit Aliran Ringan (LRT) pada 24...

Pemandu Kereta Terlibat Langgar Lari Maut Dalam Nahas

CARA kematian yang sama, mungkinkah satu balasan? Seorang jutawan yang dituduh membunuh seorang lelaki dengan melanggarnya dalam kejadian langgar lari ketika sedang menggunakan telefon bimbit, telah meninggal dunia dalam nahas jalan raya.

Mohammed Basit Chaudhry, 26, yang mengendalikan empayar perniagaan baju, telah didakwa membunuh Craig Rodger ketika lelaki itu sedang melintas jalan di Chorlton, Manchester pada bulan Mac 2014.

Rempuhan berkenaan mengakibatkan mangsa melayang ke udara sebelum Basit melarikan diri dan membiarkan Craig meninggal dunia di situ.

Siasatan yang dijalankan mendapati kereta Porsche yang melanggar Craig adalah milik Basit namun kereta mewah itu telah dibakar dan ditinggalkan beberapa batu dari lokasi nahas.

Basit kemudiannya melarikan diri ke Dubai dan ironinya dia juga telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya, setahun selepas melanggar Craig.

Perkara itu didedahkan dalam inkues yang diadakan di Manchester hari ini.


Menurut saksi, Stephen Bray, yang ketika itu berada di luar bar, dia menyaksikan kereta Porsche itu dipandu dengan laju.

“Mula-mula kedengaran bunyi yang kuat dan ketika itu saya tahu kereta itu melanggar seseorang dan kemudiannya saya nampak mangsa melayang ke udara.

“Saya tidak percaya apa yang saya lihat kerana kereta itu dipandu begitu laju walaupun ketika itu jalan berkenaan sibuk dengan kereta dan orang ramai,’’ katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori