Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Saudi Tawar 300 Biasiswa...

KUALA LUMPUR – Kerajaan Arab Saudi menawarkan 300 biasiswa kepada pelajar Malaysia yang...

Unit Pemantau Jakim Terima...

SEREMBAN - Unit pemantau di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerima kira-kira...

Kerajaan Sasar Gandakan Pendapatan...

KUALA LUMPUR  - Kerajaan menyasarkan untuk menggandakan pendapatan kumpulan isi rumah berpendapatan 40...

RTM Ulang Siar Dokumentari...

PETALING JAYA - Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyiarkan kembali dokumentari bertajuk 'Sudirman...

Pembeli Makanan Gerai Di Siputeh Diminta Jumpa Doktor

BATU GAJAH – Orang ramai di sekitar Batu Gajah yang membeli makanan di sebuah gerai berhampiran kilang di Siputeh di sini Jumaat diminta membuat pemeriksaan kesihatan di hospital berhampiran berikutan kebimbangan makanan berkenaan dicemari racun kimia.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata ia penting memandangkan setakat ini 37 orang disyaki mengalami keracunan selepas memakan makanan dari gerai itu yang telah diarahkan tutup.

“Siasatan awal mendapati kesemua mangsa dipercayai memakan makanan yang tercemar dengan bahan kimia Organo Fosfat. Bagaimanapun siasatan lanjut di kilang berhampiran akan dilakukan.

“Saya menyeru semua pembeli makanan di gerai itu sama ada yang terkena simptom mahupun yang tidak berasa sakit untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan di hospital berdekatan,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa keracunan makanan di Hospital Batu Gajah (HBG), di sini Sabtu.

Mah berkata pihaknya juga telah mendapatkan bantuan daripada polis untuk menjejak semua pembeli makanan dari gerai berkenaan bagi membolehkan mereka diberi pemeriksaan lanjut.

Setakat semalam, 37 orang terdiri daripada 30 lelaki dan tujuh wanita berumur lingkungan dua hingga 71 tahun dirawat di HBG kerana mengalami muntah dan cirit-birit dipercayai keracunan makanan.

Dua puluh empat daripada mangsa kemudian dibenarkan pulang ke rumah masing-masing pada petang hari yang sama, sembilan masih menerima rawatan di HBG, manakala empat disahkan kritikal dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.

Mah turut menafikan ‘viral’ menerusi aplikasi WhatsApp mengatakan keracunan makanan berkenaan berpunca daripada kebocoran gas di sebuah kilang sehingga menyebabkan kematian.


Katanya pemeriksaan Jabatan Bomba dan Penyelamat di kawasan berhampiran gerai berkenaan tidak menemukan sebarang kebocoran gas.

Pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Bemban, Noor Zaliya Zainudin, 9, yang kini dirawat di HBG ketika ditemui memberitahu beliau mengalami muntah dan sakit perut selepas memakan kuey teow goreng dari gerai berkenaan yang dibeli pada waktu rehat.

“Selepas makan saya rasa tak sedap badan. Cikgu kemudiannya menelefon ibu saya selepas dia melihat saya muntah sebanyak tiga kali sebelum dibawa ke hospital,” katanya.

Kakak Noor Zaliya, Erna Noor Shahira, 20, juga kini dirawat di hospital sama akibat keracunan makanan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori