Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

ADUN Sg. Manik Antara...

IPOH — Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik Datuk Zainol Fadzi Paharuddin...

Barangan Rumah Bekas Ketua...

IPOH - Mahkamah Tinggi Ipoh di sini hari ini, menyita barangan dalam rumah...

Lawak Tapi Realiti! Kisah...

TERDAPAT banyak kisah rumah tangga yang boleh membuatkan kita tak kering gusi memperkatakannya. Di bawah,...

Kes Bunuh Jong-nam: Doan...

PUTRAJAYA - Warga Vietnam, Doan Thi Huong, 30, yang sebelum ini dituduh dalam...

Pemilik Kereta Klon Hanya Mampu ‘Melaram’ 3 Hari

TAIPING – Setelah membelanjakan sehingga puluhan ribu ringgit demi memenuhi keinginan memakai kereta mewah, akhirnya pemilik terpaksa ‘berputih mata’ apabila kereta yang dibeli hanya berpeluang dipakai selama tiga hari sahaja.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak Ramli Awang Seberang berkata senario sedemikian adalah antara nasib malang yang menimpa pengguna serta pemilik kereta klon.

Ramli Awang berkata tempoh paling lama seseorang berkesempatan ‘melaram’ dengan kereta klon yang dibeli adalah setahun dan paling singkat cuma tiga hari sebelum ia dikesan seterusnya disita oleh JPJ.

Beliau berkata pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengesan sebarang kereta klon yang berada di atas jalan raya kerana ia mempunyai fizikal yang agak luar biasa berbanding kereta sebenar.

“Kebanyakan pembeli adalah golongan pertengahan yang ghairah untuk memiliki kereta mewah dengan harga rendah tanpa mengambil kira perkara yang perlu diikuti,” katanya dalam temu bual dengan Bernama di sini baru-baru ini.

Beliau berkata pihaknya mendapati sindiket kereta klon menggunakan laman sosial untuk mengiklankan kenderaan itu yang dijual dengan harga sekitar RM10,000 hingga RM20,000 kepada pembeli.

“Siasatan terhadap transaksi bank mendapati kebanyakan bayaran dibuat bawah dari RM10,000, manakala bakinya dibayar ketika pembeli berjumpa dengan jurujual.

Lebih malang, ada jurujual yang tidak hadir untuk menyerahkan geran kereta kepada pembeli sebagaimana dijanjikan, selain gagal dihubungi,” katanya.

Menjelas lanjut mengenai operasi mengesan kereta klon di Perak, Ramli Awang berkata sejak dilancar pada Mei lepas sehingga kini, 125 kenderaan daripada pelbagai jenama disita dengan nilai keseluruhan lebih daripada RM3 juta.


Beliau berkata 73 daripada kereta klon itu disita di Ipoh, Manjung (20), Taiping (12), Tapah (10), Kuala Kangsar (enam) dan Teluk Intan (empat).

Katanya jenama kereta klon paling banyak disita adalah Honda terdiri daripada pelbagai model termasuk ‘Jazz’, ‘Odyssey’, ‘Civic’ dan ‘Stream’ selain Toyota, Subaru, Audi, BMW, Mazda, Mercedes, Mitsubishi, Mini Cooper serta Volvo.

Ramli Awang berkata hasil siasatan mendapati nombor casis kenderaan klon yang dirampas tiada dalam sistem pendaftaran JPJ selain nombor pendaftaran dan cukai jalan yang diguna adalah palsu.

Beliau memberi amaran mana-mana pihak yang menggunakan cukai perjalanan dan nombor pendaftaran palsu boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 termasuk didakwa di mahkamah.

“Selepas disaman, mereka akan didakwa di mahkamah, jika gagal hadir ke mahkamah, waran tangkap dikeluarkan dan nama mereka disenarai hitam,” katanya menambah setakat ini belum ada pembeli di Perak didakwa kerana proses siasatan sedang dijalankan.

Ramli Awang berkata pihak JPJ juga akan mengemukakan permohonan kepada mahkamah untuk melupuskan kenderaan klon yang disita.

“Menggunakan kereta klon ini banyak risiko lebih-lebih lagi apabila berlaku kemalangan kerana pembeli tidak boleh membuat tuntutan insurans,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori