KUALA LUMPUR – DAP memuji Setiausaha Pemuda DAP, Howard Lee kerana dipilih sebagai Presiden Kesatuan Pemuda Sosialis Antarabangsa (IUSY) yang baharu pada 28 Februari lalu.
Setiausahanya, Lim Guan Eng berkata, ia merupakan satu pengiktirafan untuk DAP dan rakyat Malaysia kerana dipilih memegang jawatan itu.
“Howard Lee adalah warga Asia Tenggara dipilih ke jawatan itu. Ini adalah jawatan tertinggi Pemuda DAP pernah capai di peringkat antarabangsa.
“Kami menganggap ia satu hadiah kerana DAP akan menyambut ulang tahun ke-50 pada 18 Mac ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, IUSY diwujudkan dengan tujuan mempraktiskan dan mempertahankan ideologi sosial demokrasi. – Mynewshub.cc