Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Seorang Maut, Dua Cedera...

ROMPIN: Seorang wanita maut selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori tangki...

Prestasi Sebenar V Shem-Wee...

KUALA LUMPUR – Pertembungan dengan beregu nombor empat dunia, Liu Cheng-Zhang Nan dari...

‘Tiada Siapa Suka Dilabel...

TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Begitulah yang terjadi pada pengacara...

Stesen Minyak Wajib Sedia...

KUALA LUMPUR - Pengusaha stesen minyak wajib menyediakan cecair pembasmi kuman atau pembersih...

Pemuda PAS Minta Kerajaan Beri Diskaun Saman Trafik

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mencadangkan kepada kerajaan supaya memberi diskaun kepada pesalah trafik tertentu.

Malah, Ketuanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mencadangkan kerajaan menghapuskan saman kes trafik yang tidak menyumbang kepada kemalangan dan kesesakan.

Menurutnya, langkah itu sangat berkesan untuk menggalakkan pembayaran saman oleh pesalah seperti yang pernah dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini.

“Tindakan memberikan diskaun ini adalah amat wajar sekali dalam keadaan peningkatan kos sara hidup yang tinggi sekarang ini dan juga sangat berkesan untuk menggalakkan pembayaran saman.

“Sebagai contoh, DBKL yang memberikan diskaun pada kadar rata sebanyak RM50 dan RM30 kepada pesalah trafik membabitkan kereta dan motor sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2016 berjaya mencatat kutipan paling banyak setiap tahun dalam bulan Februari,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kelmarin, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyatakan saman trafik yang masih belum dibayar bagi tempoh 2010 hingga 2015 adalah berjumlah RM1.46 bilion membabitkan 14.59 juta daripada 28.42 juta saman yang dikeluarkan.


Nik Mohamad Abduh dalam pada itu mendakwa, cadangan menaikkan kadar kompaun trafik untuk meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab pengguna terhadap keselamatan jalan raya tidak wajar.

Kata beliau, jumlah kemalangan yang direkodkan sepanjang Ops Selamat 8/2016 meningkat kepada 19,572 kes berbanding 19,094 kes sepanjang Ops Selamat 8/2015 menunjukkan kadar saman itu tidak berjaya mengubah sikap pengguna yang bermasalah di jalan raya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori