PETALING JAYA – Bermula hari ini kerajaan akan menarik subsidi yang dikenakan atas tepung gandum 25 kilogram. Penarikkan ini akan meningkatkan kos pengeluaran bagi bahan makanan yang menggunakan tepung gandum atau tepung serbaguna sebagai bahan asasnya.
Seorang pengusaha yang menghadiri mesyuarat bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata mereka telah dimaklumkan mengenai penarikkan subsidi tepung berkenaan.
Penarikkan subsidi tepung 25 kilogram itu telah dimaklumkan dan para pemborong telah menerima surat pekeliling mengenai sebutan semula harga tepung itu seluruh Malaysia. Jenama tepung yang terlibat ialah tepung Blue Key yang berharga RM42 selepas subsidi ditarik.
Pengusaha tepung gandum yang ingin dikenali sebagai Ng berkata, dia bersama beberapa wakil industri yang hadir bertemu pegawai kanan KPDNKK pada 24 Februari lalu berkata,
“Harga tepung yang kebiasaannya dibeli oleh peruncit dan pengusaha restoran dan kedai Mamak akan mengalami kenaikan harga dari RM33.75 kepada RM42,†jelasnya.
Walau bagaimanapun, kerajaan akan mengekalkan harga subsidi bagi tepung gandum seberat 1 kilogram pada harga RM1.35 bagi tepung gandum jenama Blue Key dan Cempaka.
Menurut Ng lagi, kebiasaannya mereka akan mendapat RM600 hingga RM800 subsidi tepung yang dikeluarkan dalam sebulan bersamaan 60 sen hingga 80 sen sekilogram bergantung kepada harga pasaran.
Jelas Ng lagi, harga pengeluaran tepung gandum berbeza berdasarkan harga pasaran sekarang yang mana untuk satu tan tepung gandum berharga RM968.
“Kami menerima baik keputusan kerajaan,†jelasnya.
Menurut seorang lagi pengusaha tepung gandum, penarikkan ini akan menjejaskan harga roti canai dan ÂÂkuih-muih yang menggunakan tepung gandum sebagai bahan utama, berbeza pula dengan kek dan pastri, yang menggunakan tepung berkualiti tinggi yang tidak disubsidikan tidak akan terjejas walaupun subsidi ditarik semula.
Walau bagaimanapun menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan ketua setiausaha Datuk Seri Alias Ahmad, enggan mengulas isu berkaitan, semalam. –MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=s_r0zJxzGB0]