ANJING memang dikenali sebagai teman terbaik (man’s best friend) dalam kalangan masyarakat Barat.
Namun, situasi ini berlainan di Malaysia, kebanyakan daripada kita akan merasa trauma lebih-lebih jika melihat anjing tu nak datang dekat kat kita.
Bagaimanapun, anjing yang juga merupakan makhluk Tuhan itu baru-baru ini telah membantu pendakian sekumpulan jejaka di Gunung Nuang, Hulu Langat, Selangor dengan menjadi ‘pelindung’ kepada ‘journey’ mereka.
Menerusi perkongsian Firdaus Hashim menerusi laman Facebooknya, dia menulis,
“Alhamdulillah selamat pulang setelah 13 jam (23/4 – 7 pagi hingga 8 malam) memanjat Nuang iaitu gunung tertinggi di Selangor. Hanya kami berlima di dalam hutan ditemani 2 ekor anjing iaitu Johnny & Tonny.
“Serius semua mental koyak sebab memang betul orang kata ‘never ending road’. Jalan naik dan turun. Ada masa naik dan terus naik 80 degree. Memang mental koyak nak teruskan perjalanan.
“Ramai yang bertanyakan tentang 2 ekor anjing yang mengikuti kami panjat Gunung Nuang dari awal sampai akhir. Saya menamakan mereka Johnny dan Tonny.
“Pada mulanya kami agak takut mereka menggigit kami atau menjilat kaki kami. Sebab nanti kena samak bagai. Tapi anjing tersebut hanya mengekori kami.
“Walaupun kami pecah 2 group. Johnny akan berada di depan dan Tonny di belakang. Sepanjang perjalanan mereka menjaga kami.
“Bila ungka atau monyet menjerit2 di dalam hutan, Johnny akan menjerit dan ungka2 terus terdiam. Kadang2 Tonny akan menyalak tetiba ke arah benda yang tak dinampak (makhluk halus).
“Lebih2 lagi selepas melalui jalan yang tetiba ada haruman yang sangat wangi. Dan bila kami hampir digigit anjing hutan liar. Tonny meyalak dan anjing2 hutan tak berani mendekati kami.
“Kami memang tak pernah sentuh Johnny dan Tonny. Cuma kami memberi mereka makan sebagai tanda terima kasih kerana menjaga kami. Mungkin mereka penjaga di situ.
“Alhamdulillah Allah turunkan kedua anjing ini untuk kami. Kalau tidak tak tahulah apa jadi pada kami,” luahnya.
Itulah, jangan kita sesekali menzalimi binatang walaupun ia tergolong dalam kategori haram untuk dipegang.
Berbuat baiklah dengan sesiapa sahaja pun makhluk di muka bumi ini, kita tak tahu mungkin satu hari nanti kita perlukan pertolongan mereka seperti pengalaman yang diceritakan oleh Firdaus ini.
Sementara itu, menerusi video yang dikongsikan di bawah ini, dua anjing tersebut sebenarnya adalah merupakan anjing yang biasa berkeliaran di gunung tersebut yang dimiliki Norfazli Abdul Aziz, 50.
Menurutnya, anjing-anjing tersebut telah dilatih olehnya daripada kecil untuk menjaga keselamatan dirinya dan pendaki lain di lokasi tersebut sejak beberapa tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC