MEMALUKAN… Pertandingan bola sepak antara DCMP dan Dauphin Noir berakhir dengan tragedi selepas pengadil dikejar dan dibelasah oleh penyokong DCMP yang merusuh dan merempuh masuk ke dalam padang.
Kejadian yang berlaku di Congo itu menyebabkan pengadil mengalami bengkak dan mukanya juga berdarah akibat dipukul.
Rusuhan itu berlaku sebaik sahaja wisel ditiup menandakan perlawanan berakhir.
Penyokong DCMP kemudiannya meluru masuk ke tengah padang dan terus mengejar pengadil menyebabkan polis antirusuhan terpaksa bertindak bagi melindungi pengadil terbabit.
Keputusan perlawanan itu bagaimanapun tidak dinyatakan. – MYNEWSHUB.CC