Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Penggiat Seni Boleh Carum...

KUALA LUMPUR – Berita baik buat penggiat seni tanah air apabila mereka akan...

Tiada Syarat Tak Masuk...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tiada...

TMJ Melangkah Ke Pentas...

KETIKA rakyat Malaysia sudah putus asa dengan nasib pasukan Harimau Malaysia yang kini menjadi...

Malunya Kapal Tentera AS...

TOKYO - Amerika Syarikat (AS) mendapat malu besar apabila sebuah kapal pemusnah tentera...

Pengarah Syarikat Didakwa Pecah Amanah Lebih RM19,000

KUALA LUMPUR – Seorang pengarah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah melibatkan wang berjumlah lebih RM19,000 milik sebuah syarikat, dua tahun lepas.

Phang Yik Foo, 44, didakwa sebagai pengarah di syarikat Innoware Holdings Sdn Bhd, telah melakukan pecah amanah dengan memasukkan baki wang daripada akaun bank milik syarikat itu berjumlah RM19,429.99 ke dalam akaun bank syarikat Vision Source Solutions Sdn Bhd milik tertuduh tanpa pengetahun dua orang pengarah syarikat itu iaitu Chua Keong Loong, 39, dan Kim Chuin Pin, 31.

Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank, Bukit Bintang di sini pada 2 Okt 2014 mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda.

Timbalan Pendakwa Raya S. Malini Anne tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh atas alasan pertuduhan di bawah seksyen itu tidak membenarkan sebarang jaminan dan sekiranya dibenarkan jaminan, tertuduh berpotensi untuk melarikan diri.

Peguam Oh Choong Ghee yang mewakili Phang memohon mahkamah membenarkan jaminan dengan alasan anak guamnya perlu menanggung seorang anak dan isterinya yang baru bersalin selain tidak ada sebab untuk tertuduh melarikan diri.


Hakim Azman Ahmad membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin bermastautin di Kuala Lumpur dan Selangor berserta syarat tambahan iaitu pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan dia perlu melapor diri di balai polis terdekat pada minggu pertama setiap bulan serta dilarang mengganggu saksi pendakwaan sehingga kes itu selesai.

Mahkamah menetapkan 22 April depan untuk pengurusan kes. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori