Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Malaysia Amat Bimbang Serangan...

KUALA LUMPUR - Malaysia melahirkan rasa amat bimbang dengan perkembangan terbaru susulan serangan...

Hubungan Cinta Kaka Azraff,...

SELEPAS berakhirnya program Duo Star, memang ada desas-desus menyatakan penyanyi Kaka Azraff dan Rody...

Parti Gerakan, Fail Saman...

KOTA BAHARU - Gerakan hari ini memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi di...

Prestasi Kewangan KUIN Tidak...

ALOR SETAR - Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri 3 mendedahkan prestasi kewangan...

Pengedar Dadah Antara 24 Yang Ditahan Dalam ‘Op Sarang’

SEREMBAN – Polis menahan 24 orang penagih dadah termasuk seorang pengedar dadah dalam operasi bersepadu ‘Op Sarang’ yang dijalankan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Muhamad Zaki Harun berkata operasi yang dijalankan selama 10 jam bermula pukul 5 pagi Jumaat lepas, tertumpu di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Felda Sendayan.

Operasi itu turut mendapat kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan yang melibatkan seramai enam pegawai dan 42 anggota diketuai ASP Jamaludin Ismail dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Seremban, katanya.

“Pada operasi itu, polis juga merampas dadah jenis heroin seberat 20.6 gram. Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kesemua mereka positif dadah jenis opiate.

“Kesemua mereka yang ditahan berusia lingkungan 23 hingga 61 tahun,” katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Muhamad Zaki berkata suspek yang ditahan dipercayai pengedar dadah akan didakwa di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.


“Empat suspek disiasat di bawah Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala 19 suspek lagi disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983,” katanya.

Beliau berkata polis khususnya IPD Seremban akan sentiasa membantu Jabatan Narkotik IPK Negeri Sembilan dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah dan ia akan dilaksanakan secara berterusan dari semasa ke semasa.

“Kita juga harap masyarakat dapat menyalurkan maklumat penyalahgunaan dadah melalui talian 06-6014999,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • polis

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori