Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Kegiatan Jenayah Di Hilir...

TELUK INTAN - Kegiatan jenayah termasuk penyeludupan dan pemerdagangan manusia di Hilir Perak...

Presiden AS Tidak Miliki...

LOS ANGELES – Presiden Ame­rika Syarikat (AS), Barack Obama menerusi program Jimmy Kimmel...

Kalah Euro 2016, Penyokong...

KECEWA dengan kekalahan Perancis di kejohanan bola sepak Euro 2016 baru-baru ini, segelintir...

Trafik KL Awasi 10...

KUALA LUMPUR - Semasa perayaan Aidilfitri kali ini, pihak Trafik Kuala Lumpur akan...

Pengemis Kumpul RM11,300 Sehari

Wolverhampton – Seorang pengemis meraih pendapatan sehingga £500 (RM11,300) sehari dengan berpura-pura gelandangan walaupun dia sebenarnya tinggal di sebuah rumah ‘sederhana.’

Lelaki yang tidak dinamakan itu mengemis di pusat bandar Wolverhampton dan dikatakan boleh mengumpul sebanyak £2,500 seminggu.

Ini bermakna pendapatan tahunannya sebelum cukai ialah sekitar £130,000 (RM589,533) – kurang £12,000 (RM54,418) berbanding pendapatan tahunan Perdana Menteri David Cameron.

Ketua Alam Sekitar dan kaunselor parti Buruh Wolverhampton, Steve Evans berkata, lelaki itu menetap di sebuah rumah sederhana, tetapi menyasarkan orang ramai dengan berpura-pura gelandangan.

“Maklumat mengenai pendapatannya yang berjumlah £500 sehari adalah hasil siasatan anggota majlis perbandaran.


“Kami tahu dia mempunyai rumah dan didaftarkan di alamat dan tinggal di sebuah rumah sederhana. Bagaimanapun, dia dilihat di duduk mengemis di tengah bandar sepanjang hari,” katanya Evans.

Menurutnya, kebanyakan pengemis di Wolverhampton bukan gelandangan dan mereka mengemis hanya untuk mendapatkan wang bagi membeli arak. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori