Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kedai Jual Perabot Terpakai...

SEREMBAN - Sebuah kedai menjual perabot terpakai di Paroi di sini musnah 95...

Penduduk Pandan Tak Kisah...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendakwa penduduk Pandan menerima kelemahannya...

UMNO, BN Sabah Mampu...

NEW YORK - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin...

Elaun Wang Saku Pelajar...

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) menyatakan Elaun Wang Saku Pelajar (EWSP) Program Matrikulasi KPM...

Kos Jaga Kucing Melebihi Kos Jaga Anak

TINGKAH lakunya yang lucu, aktif dan manja pasti sahaja mencuit hati sesiapa yang melihatnya. Tidak hairanlah jika ramai orang yang menyukai dan membelanya sebagai haiwan peliharaan.

Demi si comel yang lebih gebu dan cantik serta manja, peminat kucing sanggup mengeluarkan kos yang tinggi untuk memiliki kucing baka idaman dari luar negara.

Bukan itu sahaja, ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit untuk penjagaan terbaik binatang kesayangan ramai ini asalkan sihat dan aktif.

Menurut Faridatul Hafizah Abdul Rahim, 31; yang menetap di Sungai Besi, Kuala Lumpur, adalah bukan suatu perkara pelik bagi penggemar berhabis ribuan ringgit demi memastikan haiwan kesayangannya itu dalam keadaan sihat.

2 (1)
Jojo kucing peliharaan Faridatul dan suami.

“Bukanlah pelik apabila kos memelihara kucing mampu menandingi kos penjagaan seorang anak,” kata beliau kepada Harian Metro.

Beliau dan suami, Mohd. Nor Firdauz Abdul Rashid, 38; menghabiskan RM1,800 untuk membeli kucing baka tempatan berbulu panjang yang diberi nama Jojo dan berhabis sebanyak RM850 sebulan untuk penjagaan Jojo dan beberapa kucing yang lain.

rino

Menurut seorang lagi peminat kucing, Rino Borhan, 37, membela kucing pada mulanya hanyalah untuk memenuhi minat anak bongsu beliau tetapi bertukar menjadi hobi.


Rino dan isterinya Balqish Zainal menghabiskan RM2,000 setiap bagi menjaga haiwan kesayangannya itu. Malah menjaga kucing ibarat menjaga seorang bayi yang memerlukan rawatan dan penjagaan yang rapi.

Kedua-dua peminat kucing ini bukan hanya mempunyai minat yang biasa-biasa sahaja. Minat yang mendalam terhadap kucing telah membawa mereka menjelajah keseluruh negara dan tempatan untuk menyertai pertandingan kucing yang dianjurkan.

5

Kucing peliharaan Faridatul dan suami telah memenangi tempat pertama kategori ‘pedigree’ dalam pertandingan yang dianjurkan oleh Universiti Selangor (UNISEL) pada Pameran Kucing UNISEL 2016.

Manakala, Rino dan kucingnya pula memenangi Anugerah Khas Politeknik Ibrahim Sultan sempena program Cat Welfest 2016. – MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=kMQ1u6TRaYE]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori