JEREMY Meeks, 30, dari California, Amerika Syarikat menjadi topik hangat di laman sosial apabila bakal bakal menyerikan dunia peragaan, sebaik dibebaskan dari penjara minggu ini.
Sebelum ini Meeks yang menjadi tumpuan kerana ketampanannya berbanding kejahatan dilakukan, mendapat jolokan ‘Penjahat Seksi’.
Dia mula mendapat perhatian ramai selepas gambar wajahnya dengan sepasang mata biru dan tulang pipi serta rahang yang jelas terbentuk dimuat naik di Facebook Jabatan Polis Stockton.
Meeks ditangkap dan dipenjara pada Februari 2015 kerana menyeludup senjata sebelum dibebaskan baru- baru ini, setelah setahun menjalani hukuman.
Dalam penampilan sulungnya, Meeks tampil memakai baju putih dan bertatoo di samping  juru gambar fesyen, Jim Jordan dalam salah satu foto yang dimuat naik pada hari dia dibebaskan pada Rabu lalu.
Dalam kapsyen pada gambar tersebut, Meeks menitipkan ucapan terima kasih kepada keluarga dan orang ramai yang menyokongnya dan menyatakan kesyukuran atas sokongan tersebut.
Menurut laporan ABC News, Meeks akui dia telah bersedia untuk menyara keluarga dan mengubah masa depannya menerusi peluang yang tidak disangka-sangka.
Selama di penjara, dia mengaku menjaga bentuk tubuhnya dengan melakukan senaman dan mengamalkan pemakanan sihat. – MYNEWSHUB.CC
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=FgZaNb4my2k]