Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Elizabeth Tan Frust Bercinta,...

KNOCK knock Elizabeth Tan... Tahniah atas pelancaran single terbaharunya semalam. Penyanyi tinggi lampai ini...

Geramm Kecam Pemimpin PAN...

KUALA LUMPUR - Gerakan Media Marah (Geramm) mengutuk keras Parti Amanah Negara (PAN)...

Nak Tegur Boleh, Tapi...

MUNGKIN disebabkan usianya yang masih mentah membuatkan penyanyi Ara Johari seperti tidak dapat...

Aliran Trafik Keluar Dari...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik keluar dari ibu negara masih dalam keadaan terkawal...

Perlu Segera Siasat Lim Guan Eng Demi Imej Pulau Pinang

JAKARTA – Siasatan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang didakwa membeli banglo di bawah harga pasaran perlu disegerakan demi menjaga imej negeri itu sebagai destinasi pelaburan asing, kata Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.

Beliau berkata isu itu boleh menimbulkan persepsi buruk dalam kalangan ahli perniagaan di Indonesia yang banyak melabur di Pulau Pinang kerana ia seolah-olah menunjukkan berlaku perkara negatif dalam pemerintahan kerajaan negeri.

“Pulau Pinang mempunyai hubungan yang istimewa dengan Indonesia terutamanya dengan Medan dan disebabkan itu imej ketua menteri dan kerajaan negeri sangatlah penting bagi memastikan nama baik Pulau Pinang tidak terjejas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya siasatan menyeluruh termasuk oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia perlu supaya isu itu tidak lagi menjadi perdebatan awam.

Pembelian banglo oleh Guan Eng dengan harga RM2.8 juta mencetuskan kontroversi apabila Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya membangkitkannya pada persidangan Dewan Rakyat, dan mendakwa harga itu adalah di bawah nilai pasaran.


Shabudin turut meminta SPRM menyiasat penjualan beberapa bidang tanah di Pulau Pinang, yang pada asalnya dikatakan diperuntukkan bagi pembinaan rumah melalui Projek Perumahan Rakyat Termiskin.

Guan Eng dalam dalam kenyataannya berkata, pembelian banglo itu adalah atas persetujuan penjual-pembeli dan beliau bersedia untuk disiasat mengenainya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori