Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kebanyakan Jemaah Haji Sakit...

MAKKAH - Kebanyakan jemaah haji yang jatuh sakit semasa di Tanah Suci adalah...

Shazia Maafkan Aweera, Enggan...

SELEPAS dilaporkan dipukul oleh bekas teman lelakinya Aweera, Nurul Shazia atau lebih mesra...

Keluar DAP, David Bertanding...

BUTTERWORTH: Bekas Ketua Cawangan DAP Batu Kawan, David Marshel, yang keluar daripada parti...

Video: 4 Wanita Muda...

BATU PAHAT - Aksi licik empat wanita yang berkomplot untuk mencuri di sebuah...

Pertanian Di Cameron Highlands Terjejas Akibat El Nino

CAMERON HIGHLANDS – “Hasil kurang, kualiti kurang, untung pun kurang,” demikian antara keluhan pekebun sayur di sini yang mengakui terjejas dengan cuaca panas dan kering ketika ini akibat fenomena El Nino.

Ini berikutan kawasan tanah tinggi yang memang sinonim dengan suhu dingin itu sudah hampir sebulan tidak mengalami hujan sehingga bahang El Nino cukup terasa dan memberi kesan.

Seorang pekebun, Kwang Ting Woon, 48, berkata perubahan cuaca panas secara mendadak memberi kesan terhadap kebun sayur dan buah-buahan yang diusahakannya di Blue Valley.

“Bila cuaca panas, sayur mula bermasalah, banyak tidak menjadi kerana ada sayur yang tahan panas dan ada yang tak tahan panas seperti kubis bunga, tomato dan brokoli memang susah sikit nak hidup bila cuaca terlalu panas.

“Permintaan tinggi tetapi hasil kurang, jadi sayur dan buah-buahan akan jadi mahal harganya tambahan pula sekarang cuti sekolah, ramai pelancong datang ke sini,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, Khamis.

Bagi R. Puspa, 40-an, yang menjual sayur dan buah-buahan di Kea Farm, cuaca panas pada tahun ini boleh dikatakan paling teruk berbanding tahun sebelumnya.

“Sebelum ini bila cuaca panas, sayur dan buah-buahan di Cameron Highlands masih lagi ok, tak terjejas pun tetapi sekarang saya beli sayur daripada pemborong pun sudah mahal.

“Misalnya sebelum ini 10 kilogram brokoli hanya RM50, sekarang sudah naik sampai RM150. Jadi bila mahal, kita terpaksa jual mahal dan pelanggan pun merungut ingat kita ambil kesempatan,” katanya yang berniaga sejak 10 tahun lalu.


Puspa turut mengeluh dengan mengatakan kenaikan harga sayur dan buah-buahan ketika ini menyebabkan pendapatannya berkurangan kerana ramai pengunjung enggan membeli walaupun sekarang merupakan musim cuti sekolah.

“Jika sebelum ini saya boleh dapat pendapatan mencecah RM5,000 sebulan, sekarang nak beli bekalan sayur dan buah-buahan untuk berniaga pun tak pulang modal kerana terlalu mahal,” katanya.

Pemilik ladang strawberi, Mohd Zulkepli Daud, 52, berkata hasil tanamannya turut terkena tempias fenomena El Nino kerana buah yang ditanam diserang ulat.

“Sekarang ini bila kita kutip buah strawberi waktu pagi, menjelang tengah hari buah itu nampak lebam,” katanya yang mempunyai ladang strawberi seluas 1,400 kaki persegi di Taman Sedia, Tanah Rata di sini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori