Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Lelaki Kebas Pakaian Dalam...

JOHOR BAHRU - Pakaian dalam wanita adalah antara barangan yang ditemukan selepas seorang...

Tabung Harapan Malaysia Peringkat...

KUALA LUMPUR - Istana Negara hari ini melancarkan kutipan Tabung Harapan Malaysia (THM)...

“Nak Kempen Apa, Pilihan...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menafikan dakwaan terbabit...

Mahasiswa UTP Martabatkan Muzik...

SERI ISKANDAR — Mahasiswa Universiti Teknologi Petronas (UTP) cukup sinonim dengan bidang sains...

Pesawat Mendarat Cemas, Penumpang Cuba Buka Pintu

PARIS – Seorang penumpang warga Britain yang mabuk cuba membuka pintu pesawat ketika berada pada ketinggian 9,144 meter, memaksa ia melakukan pendaratan cemas di Perancis.

Pesawat easyJet itu dalam penerbangan dari Marrakech, Maghribi ke Gatwick di London, pada Isnin apabila terpaksa melencong ke Perancis, 1,046 kilometer dari destinasi akhir dan mendarat di Bordeaux.

Ia berlaku selepas seorang lelaki mabuk cuba membuka salah sebuah pintu pesawat, sekali gus mencetuskan panik dalam kapal terbang jenis Airbus A320 itu, lapor akhbar Daily Mirror.

Lelaki berkenaan dipercayai dalam lingkungan usia 30-an. Saksi berkata, suspek menjadi semakin kasar selepas pesawat berlepas, bangun dari kerusi dan berjalan-jalan dalam kapal terbang .

Apabila kekasihnya cuba campur tangan, beliau kasar menolak wanita itu pula.


Menurut saksi, lelaki berkenaan kemudian cuba membuka pintu kecemasan pesawat ketika penumpang yang ketakutan cuba menghalangnya.

Selepas mendarat di Lapangan Terbang Bordeaux-Merignac, polis Perancis bergegas memasuki kapal terbang dan menangkapnya. – Agensi/Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori