Tuesday, November 12, 2024

Creating liberating content

Ikan Kembong Mahal: Ayam...

ALOR SETAR - Kenaikan harga ikan kembong sehingga mencecah lebih RM12 sekilogram di...

“Salah Ke Ambil Gambar...

BARU-BARU ini ikon fesyen terkenal, Wak Doyok memuat naik sekeping gambar koleksi kasut...

Najib Setuju TIA Diambil...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu Datuk Seri Najib...

Lewis Hamilton Dihalau Kerana...

BINTANG Formula One, Lewis Hamilton telah dihalau keluar dari menonton kejohanan Tenis Wimbledon...

WhatsApp Viral Petronas Akan Lepas Gas Toksik, PALSU

Petronas

KEMAMAN – Petroliam Nasional Berhad (Petronas) menafikan dakwaan akan melepaskan gas dan bahan toksik akibat kerja-kerja ‘plant shutdown’ yang menjadi viral di laman sosial facebook dan aplikasi WhatsApp sejak semalam.

Pengurus Komunikasi dan Perhubungan Media Petronas Wilayah Pantai Timur, Zamri Mohamad berkata pihaknya meminta orang ramai menghentikan penyebaran mesej tersebut yang hanya akan menimbulkan kebimbangan penduduk yang tinggal di kawasan Paka dan Kerteh.

“Mesej yang menjadi viral tersebut adalah tidak benar dan kami tak pernah mengeluarkan mesej berkenaan yang turut meminta orang ramai supaya tidak keluar rumah akibat pelepasan gas tersebut.

“Kami tidak membuat pelepasan gas seperti yang didakwa dan saya harap orang ramai segera menghentikan viral tersebut sebab ia akan menimbulkan ketakutan dan kerisauan bagi penduduk di sekitar Petronas beroperasi,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Zamri berkata Petronas sentiasa komited dan mengutamakan aspek keselamatan penduduk dan pekerjanya dari segala aspek. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori