Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Lelaki Maut Perodua Myvi...

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki maut selepas kereta Perodua Myvi dipandunya hilang kawalan...

Rakyat M’sia Dijel 7...

SINGAPURA - Seorang rakyat Malaysia dijatuhi hukuman tujuh tahun penjara dan 12 sebatan...

Mesej Hiba.. Mangsa Banjir...

BERAT bahu memandang, berat lagi bahu memikul - keadaan banjir di beberapa negeri...

‘Iceman’ Malaysia Dihukum Mati...

BANGKOK - Seorang pengedar dadah dari Malaysia digelar ‘Iceman’ dijatuhi hukuman mati hari...

Pindaan Akta Undang-Undang Sivil 1956 Sedang Diteliti

KUALA LUMPUR – Jabatan Peguam Negara (AGC) sedang meneliti cadangan untuk meminda Akta Undang-undang Sivil 1956 bagi menaikkan had umur penuntut ganti rugi dalam kes kemalangan jalan raya daripada 55 kepada 60 tahun, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri.

Beliau berkata pindaan kepada Seksyen 7 akta yang dikenali sebagai Akta 67 itu antara lain bertujuan menaikkan amaun ganti rugi kesedihan, pengiraan kehilangan mata pencarian dengan mengambil kira pindaan Akta Pencen 1980 (Akta 227) melalui Akta Pencen Pindaan 2011 (Akta 1409).

“Akta 1409 telah menaikkan umur pesaraan wajib pegawai perkhidmatan awam daripada 55 tahun kepada 60 tahun dan Akta Umur Persaraan Minimum 2012 (Akta 753) yang menetapkan umur persaraan minimum adalah 60 tahun.

“Keputusan dasar akan dibuat berdasarkan hasil dapatan penelitian yang sedang dilaksanakan,” katanya semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu, Nancy berkata kerajaan melalui AGC masih lagi mengkaji untuk memansuhkan peruntukan hukuman gantung sampai mati mandatori.


“Dah ada kajian dibuat dan mereka masih buat laporan dalam menilai isu undang-undang, dasar dan keberkesanan hukuman mati di negara ini. Skop kajian tidak dikira kepada hukuman mati mandatori sahaja sebaliknya merangkumi keseluruhan hukuman mati yang dikuatkuasakan di negara ini,” katanya.

Persidangan dewan bersambung Isnin. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori