Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Banjir Kilat Di Beberapa...

KUALA LUMPUR - Kesesakan lalu lintas berlaku di sekitar ibu negara selepas beberapa...

Ayda Jebat Rehat Berlakon,...

NAMANYA dikenali kerana gandingannya dengan Zul Ariffin dalam drama Rindu Awak 200%. Kini,...

Kes Bunuh Kim Chol:...

SHAH ALAM - Seorang pegawai polis yang menahan tertuduh pertama Siti Aisyah dalam...

Datuk Seri, Anak Direman...

GEORGE TOWN - Seorang penasihat sebuah syarikat pemaju hartanah bergelar Datuk Seri dan...

PKNS FC Selangkah Ke Separuh Akhir Piala FA

KUALA LUMPUR – Pasukan Liga Perdana, PKNS FC, hampir pasti ke separuh akhir Piala FA selepas melakar kemenangan selesa 4-0 ke atas Sime Darby FC pada aksi suku akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang dekat sini, Sabtu malam.

Matias Nicolas Jadue membuka tirai jaringan untuk PKNS FC pada minit ke-18 sebelum menambah tiga lagi gol pada babak kedua menerusi Juan Manuel Cobelli (minit ke-54 dan 78′) dan Mohd Nazrin Syamsul Bahri pada minit ke-83.

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT), pula mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Stadium Hang Jebat, Melaka hasil sepakan penalti disempurnakan penyerang import dari Argentina, Juan Martin Lucero pada minit ke-18.

Pengadil Mohd Zohri Tajuddin memberikan sepakan penalti berkenaan selepas Lucero dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh ketua pasukan PDRM, Mohd Faizal Muhammad.


Di Stadium Perak, Ipoh, pasukan Perak menang tipis 1-0 hasil gol sendiri pertahanan Kuala Lumpur, Helmi Remeli pada minit ketujuh.

Untuk rekod, juara tiga kali Piala FA, Kedah, mengalahkan Sabah 2-1 pada aksi suku akhir pertama di Stadium Likas, Kota Kinabalu pada Jumaat.

Tiga perlawanan timbal balik Piala FA akan berlangsung pada 1 April ini manakala aksi suku akhir kedua di antara JDT dan PDRM di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin diadakan sehari kemudian. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PKNS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori